Rojak Daily Logo
Back to top

“Alhamdulillah, Kesihatan Saya Semakin Baik” – Fendy Bakry

Hero drama Mr. Grey ini belum sedia bercerita tentang sakit yang dihadapi.

0
comments
“Alhamdulillah, Kesihatan Saya Semakin Baik” – Fendy Bakry
Akui kesihatan semakin pulih. (Pic: Instagram @fendybakry)

Spekulasi mengenai keadaan kesihatan pelakon baharu yang juga teraju utama drama Mr Grey, Fendy Bakry yang hangat diperkatakan sejak April lalu masih tinggal tanda tanya.

Pelbagai cerita mula bertebaran, malah pernah dilaporkan pihak pengurusannya sendiri, Prokuya Studios menerusi Fadzil Zahari, pelakon berkenaan berubat di kampungnya di Perlis selepas mengalami sakit misteri tiba-tiba hingga membataskan komitmen kerja seni.

Didakwa mengalami sakit misteri.

Selain itu pernah tersebar foto pelakon itu di laman sosial yang menampakkan kononnya dia sedang koma mencetuskan spekulasi terhadap keadaan kesihatan pelakon itu. Namun hal itu dinafikan oleh pengurusannya.

Enggan berbicara soal kesihatan.

Terbaru, usaha menghubungi Fendy untuk bertanyakan perkembangan terbarunya berjaya dan dijawabnya sendiri menerusi aplikasi WhatsApp minggu lalu.

“Pertama sekali, saya memohon maaf kerana tidak dapat menjawab mesej sebelum ini. Untuk berbincang lebih mendalam mengenai kesihatan ini, saya belum bersedia. Tetapi apa yang boleh saya cakap sekarang, Alhamdulillah kesihatan saya makin baik.

Berterima kasih pada peminat dan pihak pengurusan.

“Saya nak ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa menyokong dan mendoakan diri ini. Tak dilupakan kepada pihak media yang banyak memberikan sokongan terhadap kerjaya ini,” katanya.

Ditanya mengenai bila dia akan kembali merancakkan dunia seni, Fendy atau nama penuhnya, Mohd Affandi Nor Bakri, 29, berharap dapat melakukannya secepat mungkin.

Tidak sabar untuk kembali berlakon.

“Untuk kembali berlakon, insya-Allah akan ada. Saya cuma masih menunggu tarikh yang sesuai. Apa-apa saya akan sentiasa kemas kini perkara ini di Instagram,” katanya.

Sementara itu, mengenai populariti mendadak yang diraihnya menerusi drama Mr Grey bergandingan buat pertama kali dengan Eyra Hazali, Fendy menjelaskan ia sesuatu yang di luar jangka.

Akan update perkembangan terbaru di Instagram.

“Apa yang pasti, saya cukup seronok bekerja dengan produksi drama ini. Malah semua pihak memberikan kerjasama yang baik termasuk di kalangan pelakon sendiri. Ia sedikit sebanyak membakar semangat saya mempamerkan mutu lakonan yang diharap dapat memikat penonton.

Tidak sangka Mr. Grey dapat sambutan hangat.

“Saat cerita itu disiarkan, sesuatu yang sangat memberangsangkan apabila rata rata peminat boleh menerima apa yang disampaikan. Daripada situ juga saya mendapat sokongan tanpa henti hingga sekarang. Sejujurnya, saya tak menyangka akan sampai sejauh ini. Terima kasih kepada pihak pihak pengurusan yang teguh di belakang menjaga saya di saat suka dan duka,” katanya.

Pihak pengurusan uruskan semuanya dengan baik.

Drama Mr Grey bersiaran di Astro Ria sebanyak 20 episod dan berakhir 10 Mei lalu.

 
 
Comments