Rojak Daily Logo

Bon Jovi Terpaksa Menyanyi Majlis Kenduri Kahwin

0
comments
Bon Jovi Terpaksa Menyanyi Majlis Kenduri Kahwin
Bon Jovi kelihatan terpaksa menyanyi lagu sendiri ketika menghadiri satu majlis perkahwinan di Miami, Amerika Syarikat pada minggu lalu.

Ia mungkin dianggap kurang sesuai apabila menjemput penyanyi popular ke satu majlis perkahwinan yang sepatutnya datang sebagai tetamu tetapi sebaliknya diajak menyanyi di atas pentas. Perkara itu terjadi kepada superstar antarabangsa, Jon Bon Jovi kelihatan terpaksa menyanyi lagu sendiri dalam satu majlis perkahwinan.

Merujuk satu rakaman video di muat naik di YouTube baru-baru ini, menunjukkan penyanyi rock itu yang segak mengenakan baju lengan panjang biru bertali leher bersama kot hitam tergamam apabila seorang penyanyi wanita dalam majlis itu mendekatinya ketika menyanyi.

Meskipun reaksi Bon Jovi yang tidak selesa dengan situasi itu, dia masih profesional mampu tersenyum dan mengangguk kepala ketika penyanyi wanita tersebut menyanyikan lagu popularnya, ’Livin’ on a Prayer. Begitu juga, sikap ‘sporting’ Bon Jovi juga terserlah sebaik dia mengambil mikrofon penyanyi wanita itu dan menyambung korus lagunya sendiri.

Laporan Esquire menyatakan Bon Jovi yang pernah mencipta rekod sebagai artis rakaman paling banyak menang anugerah platinum menghadiri satu majlis perkahwinan di Miami, Amerika Syarikat pada minggu lalu kemudian diajak Lourdes Valentin menyanyi bersama.

 
 
Comments