Rojak Daily Logo
Back to top

“Kalau Dok Hentam, Macam Mana Nak Dapat Job Bayar Itu Ini?” – Faye Kusairi

Pertahan suami.

0
comments
“Kalau Dok Hentam, Macam Mana Nak Dapat Job Bayar Itu Ini?” – Faye Kusairi
Pelakon Faye Kusairi mempertahankan suaminya berhubung kenyataan yang diberikan oleh penyanyi Elly Mazlein yang mendakwa Azmi Hata tidak memberikan nafkah kepada anaknya, Putri Sara Sefhia, 2.

Menurut Faye, tindakan pihak tertentu yang terus menghentam suaminya itu sedikit sebanyak menjejaskan reputasi dan kerjayanya sebagai seorang pengarah.

Faye membuat kenyataan tersebut menerusi akaun Instagramnya semalam.
Faye tampil pertahan suami.
“Terima kasih atas segala teguran mahupun yang mencaci, memaki dan menghina. Terima kasih juga bagi yang mengatakan saya dan suami hidup mewah. Saya ambil kata kata itu sebagai satu doa. InshaAllah, Amin.

“Kalau sudah hidup mewah nanti, InshaAllah lagi mudahlah urusan suami nak bayar segala segala apa yang patut tanpa sekatan. Anak anak Kak Yanti dan Elly semua dapat secara adilnya. Ini cerita kalau dah mewah lah.

“Tapi kalau dah ada yang mendoakan, Alhamdulillah. Bolehlah kita meng- amin- kan agar dipermudahkan dan lancar rezeki suami saya demi anak-anak masing-masing.
Nafi hidup mewah.
“Kalau dok hentam kiri kanan atas bawah, macam manalah orang tu nak dapat job. Nak dapat duit nak bayar itu ini. Logik lah kan? Jadi, harap paham paham sendiri je lah ye.

“Saya ni bukanlah orang yang suka menunjuk-nunjuk. Namun rasanya ada jugak hamba Allah ni pernah post gambar rumah kami kat ig dia. Rasanya nak tunjuklah kot kemewahan saya dan suami ni.

"Nak tanya jugak, mewah ke? Tho, I'm pretty much sure your caption says it all. Kalau dah takde, mungkin dah delete lettew. Hehe..Its ok.
Faye, Azmi berkahwin pada 9 April 2017.
“Rezeki Allah beri tetap saya bersyukur. Be it rezeki orang yang percayakan saya mahupun yang menegur dengan apa jua cara sekali. Including yang memaki, mencaci dan menghina saya. Mungkin itu cara kalian dibesarkan. Jadi, InshaAllah kami cuba hadamkan.

“Sama juga dugaan dan cabaran dariNya. Saya tetap terima dengan hati yang rela. Coz I believe in His hikmah. Allah is Almighty. Kalau salah saya untuk percayakan ajaran yang diajar oleh agama kita, saya minta maaf.

“Apa yang saya mampu lakukan buat masa ni hanyalah doa yang baik-baik buat suami, keluarga dan kalian sahaja. Semoga masing-masing mendapat jalan penyelesaian yang terbaik secepat yang mungkin. Amin,” tulisnya.
Kenyataan Faye.
Terdahulu, Elly Mazlein sebelum ini menuntut wang perbelajaan untuk persiapan hari raya anak mereka daripada bekas suaminya, Azmi Hata.

Menurut Elly, Azmi mengabaikan tanggungjawab kepada anak mereka Putri Sara Sefhia walaupun kini mempunyai syarikat produksi sendiri.
Kenyataan Elly Mazlein.
Elly telah berkawin dengan Azmi Hata pada 9 November 2014 namun mengambil keputusan untuk bercerai pada 15 Oktober 2015.

Azmi kemudian berkahwin dengan Faye dalam sebuah majlis tertutup pada 9 April 2017.
 
 
 
Comments