Rojak Daily Logo
Back to top

Charlie Puth Datang Malaysia November Ini?

Bakal menuju ke Asia untuk siri jelajahnya hujung tahun ini.

0
comments
Charlie Puth Datang Malaysia November Ini?
Foto: usustatesman.com

Kalau berita yang kami dengar ini betul, OMG!

 

Semalam kami terdengar pengumuman ini di salah satu radio terkemuka negara, mengatakan penyanyi yang terkenal dengan lagu Attention dan How Long, Charlie Puth buat julung kalinya bakal datang ke Malaysia untuk konsert jelajahnya di Malaysia.

 

Konsert itu dikatakan akan berlangsung pada 14 November 2018 bertempat di Stadium Malawati, Shah Alam.

 

Khabar angin ini timbul berikutan tweet penyanyi itu baru sahaja megumumkan yang dia akan mengadakan siri jelajahnya di benua Asia dan mengesahkan akan ke Negara Jepun untuk Charlie Puth Voicenotes Japan Tour 2018 pada 19 dan 21 Novmber.

 

Di Twitter, rata-rata peminatnya semakin berharap agar Charlie Puth akan singgah di Malaysia untuk siri jelajah Asianya.

 

Pastinya semua peminat akan menantikan pengesahan konsert di Malaysia ini dari pihak pengurusan Charlie Puth sendiri. Kalau khabar angin ini disahkan benar, kami antara orang yang tak sabar untuk melihat persembahan Charlie Puth secara langsung di Malaysia.

 
 
 
Comments