Rojak Daily Logo
Back to top

“Naik ‘Fun Fair Spinning Wheel’ Tapi Kena Tahan Gelak, Muka Maintain Cool” – Hannah Delisha

The Hantus berunsurkan komedi seram.

0
comments
“Naik ‘Fun Fair Spinning Wheel’ Tapi Kena Tahan Gelak, Muka Maintain Cool” – Hannah Delisha
Pelakon Hannah Delisha akui berkongsi pengalaman lucu ketika melakonkan watak sebagai Dhiya dalam filem televisyen (FTV) berjudul The Hantus.

Kata Hannah dia terpaksa menahan ketawa ketika menjayakan babak menaiki permainan ‘fun fair spinning wheel’.
Antara babak dalam The Hantus.
“Nak buat muka tak ada ekspresi memang sangat mencabar. Saya rasa macam tunggul sebab semua orang tengah seronok tapi saya pula kena ‘maintain cool’.

“Babak itu sebenarnya dijalankan beberapa kali juga sebab saya tak boleh nak tahan gelak tetapi mujurlah saya ini jenis yang tidak takut nak naik permainan itu. Kalau tidak tak tahulah apa jadi,” katanya ketika ditemui Rojak Daily Kaw!
 
Dalam pada itu, Hannah juga menyatakan rasa seronok kerana diberi peluang untuk terlibat dengan FTV tersebut.

“Semuanya berjalan dnegan lancar, bekerja dengan team The Hantus sememangnya menyeronokkan.

“Tak rasa macam kerja langsung dan jalan ceritanya juga menarik. Saya terima watak Dhiya ini kerana agak berlainan dengan watak-watak saya  sebelum ini yang kebanyakannya lebih berat,” ujarnya.
Gandingan Hannah bersama Alif Satar.
Selain Hannah, The Hantus juga dibintangi oleh Alif Satar, Faizal Hussein, Hannah Delisha, Khatijah Tan.

Menariknya, pelakon Nabil Ahmad merupakan penulis skrip dan penerbit untuk The Hantus selain pengarah bersama di samping Helmi Yusof.

The Hantus bakal bersiaran di Astro First Eksklusif, saluran 480 bermula 1 Syawal ini (15 Jun 2018).

Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton The Hantus dengan berulang kali dalam tempoh 48 jam dari waktu pembelian.
Memegang watak sebagai Dhiya.
Dalam perkembangan lain, Hannah kini sibuk menjalani penggambaran drama adaptasi Korea, Full House yang bakal ditayangkan pada September depan.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, The Hantus juga boleh disaksikan menerusi platform digital 'on demand'
 
 
Comments