“Dia Sentuh Apa Saja, Saya Akan Belikan Untuknya” – Hael Husaini

Mahu tunaikan tanggungjawab sebaik mungkin.


  • Share:

“Dia Sentuh Apa Saja, Saya Akan Belikan Untuknya” – Hael Husaini
Tidak akan sia-siakan rezeki yang diberi. (Pic: Instagram @haelhusaini)

Menjadi bapa segera memang satu kenikmatan yang sukar digambarkan buat penyanyi serta komposer terkenal, Hael Husaini. Malah lebaran yang tiba juga memberi sisi indah dan bahagia buat pelantun lagu Jampi itu.

Hael mengakui rayanya lebih bermakna berbanding tahun lepas apabila si kecil yang dipelihara, Nur Helena kini semakin membesar. Si comel itu sudah berusia setahun.

Raya tahun ini lebih bermakna.

“Usia Nur Helena sudah setahun. Tahun lalu masa beraya dia masih lagi kecil. Tahun ini dia semakin membesar, lagi bermakna raya itu kepada saya. Persiapan raya saya sendiri bukan keutamaan. Saya pakai apa yang ada. Cukup beli dua tiga pasang. Selebihnya saya utamakan untuk keluarga dan pastinya Nur Helena sendiri.

Kehadiran Helena buat rezeki semakin murah.

“Untuk Nur Helena ini konsep apa saya praktikkan, dia sentuh apa saja, saya akan belikan untuknya. Saya bersyukur kehadirannya terus membuatkan rezeki saya murah. Saya tak mahu sia-siakan dan sebaliknya akan terus menunaikan tanggungjawab sebagai bapa sebaik mungkin,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Comelnya Nur Helena.

Kata Hael, dia tidak mengehadkan cuti raya berapa lama. Seperti biasa, dia akan pulang beraya di Sri Menanti, Negeri Sembilan.

“Saya kebiasaannya akan luang masa beraya hari raya pertama sampai ketiga. Fokus saya waktu itu ialah keluarga,” katanya.

Terus promosikan lagu 'Haram'.

Hael yang kembali meledak menerusi lagu duet Haram bersama Dayang Nurfaizah, juga memberitahu yang dia akan terus rancak mempromosikan lagu itu.

Malah dia juga antara rebutan ramai artis untuk mendapatkan khidmat komposisi lagunya bergandingan dengan Ezra Kong.

Ayda Jebat dan Elizabeth Tan turut guna khidmat sebagai komposer.

“Saya hanya mampu memanjat kesyukuran kerana rezeki terus murah. Insya-Allah selepas ini banyak lagi lagu akan dikeluarkan.

“Dalam masa terdekat, Ayda Jebat akan muncul dengan lagu Temberang dan Elizabeth Tan pula menerusi lagu Police Entry,” katanya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top