Rojak Daily Logo

Tak Sempat Rasa Sunyi Walau Tanpa Lelaki

0
comments
Tak Sempat Rasa Sunyi Walau Tanpa Lelaki
Jadual masa saya padat dan saya tidak pernah rasa sunyi.
Ada title, rupa menawan dan hidup mewah. Itu antara yang jelas mengenai selebriti wanita ini, Datuk Rafiena Ezanee. Nampak dari luaran, dirinya sentiasa sibuk. Malah, kini iron lady ini juga aktif dengan kerja produksi dan balik tabir.
Semua nampak happy, mesti juga ramai yang idam untuk jadi seperti beliau. Maklumlah, mampu melakukan apa saja.
"Saya juga sama seperti orang biasa. Saya juga kena bekerja untuk mencari rezeki dan menjaga dua anak saya," tuturnya merendah diri.
Bagi Rafiena, untuk menjadi mewah atau senang, tidak ada yang datang bergolek. Semua perlu ada usaha. Dirinya juga tidak terkecuali.
Jika anda antara stalker pada akaun Instagram miliknya, mesti tahu betapa rutinnya sibuk saban hari.  Macam-macam hal dan appointment perniagaan berderet. Tengok pada gambar yang di upload juga kita boleh tahu mengenai perkara itu.


Bergelar ibu tunggal, Rojak Daily Kaw! sempat mengusik wanita yang berusia 33 tahun ini.  Sampai bila mahu sendiri dan biarkan hatinya kosong tanpa cinta hati.  Rafiena tertawa besar, dan terdiam seketika.
"Saya tak ada masa. Serius jadual saya padat. Memang saya tidak sempat rasa sunyi.  Sibuk dengan anak-anak dan kerja. Kadang-kadang sampai ke awal pagi masih di pejabat," katanya.
Atau mungkin dirinya takut didekati lelaki?
"Kenapa pula," tanyanya.
Bagi beliau, “kalau lelaki itu gentleman mereka perlu berani. Barulah boleh curi hati saya,” katanya.
Sempat ditanya, beliau ada diganggu lelaki misteri. Puas dipujuk, Rafiena mengakui perkara itu merimaskannya.
"Dia akan ikut saya ke mana saja. Sampaikan di pejabat saya pun dia lalu lalang beberapa kali," katanya.
Akuinya, beliau seakan boleh mengagak siapakan pemuja rahsia dirinya. Namun, bagi Rafiena beliau akan buat laporan polis demi keselamatannya.
Tidak mahu berlakon kembali? Rafiena berkata minat mendalam dalam lakonannya yang diceburi sejak berusia 18 tahun masih kuat.   Bagaimanapun, katanya cinta hatinya kini 'Dark Wave Pictures' adalah segalanya.
Wanita utara kelahiran Alor Star, Kedah ini mahu memberikan tumpuan kepada syarikat produksi miliknya itu. 
"Tak lama lagi, jangan lupa tonton 'Kimchi Untuk Awak' iaitu filem pertama saya," katanya.
 
 
 
Comments