Rojak Daily Logo
Back to top

“Sia-Sia Pakai Tudung, Mulut Busuk Macam Longkang!” – Netizen Sakit Hati Dengan NoorKhiriah

Tidak kisah dan rela dikecam.

0
comments
“Sia-Sia Pakai Tudung, Mulut Busuk Macam Longkang!” – Netizen Sakit Hati Dengan NoorKhiriah
Pelakon Noorkhiriah dikecam netizen gara-gara sakit hati dengan watak yang dilakonkan olehnya menerusi drama bersiri Nur.

Khiriah mendedahkan perkara itu menerusi satu ‘screenshoot’ yang dimuat naik di akaun Instagramnya baru-baru ini.
 
Bagaimanapun Khiriah memberitahu dia tidak mengambil hati tentang perkara itu sebaliknya berasa gembira kerana berjaya membawa watak Aisyah dengan baik.

“Sampai bidang tudung pun kau tahu dik. Gelak akak baca tapi best jugak nama taman tu ek. Jangan marah adik ni tau. Dia gurau aje.
Amyra Rosli antara pelakon drama Nur.
“Takpe dik, akak paham. Akak tak marah, ada ni ha ajak berjemaah lagi nak tampor ci #ecah tu tamporkan aje. Bior senyap tapi nanti sunyi pulop,”

“Jangan risau akak tak rasa ati pun dik. Kita doakan #ecah ada job lagi pasni k. Ameen,” tulisnya.

Tambah Khiriah lagi, dia lebih rela dikecam untuk mengetahui maklum balas mengenai lakonannya dalam drama berkenaan.
 
“Takde hal dik, itu lakonan semata. Mana yang baik ambil, yang buruk jangan. Apapun itu adalah kerja #teamwork. Semua memberi tiada yang kedekut. Akak memang dah bersedia untuk dikecam #ecah.

“Simpan marah sikit tau, akan bakal menyusul yang buat korang lagi panas hati dengan #ecah. Itu baru sikit,” tulisnya.

Selain Khiriah, Nur turut dibintangi oleh Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Azhan Rani dan ramai lagi.
 
 
 
 
Comments