CLOSE
CLOSE

“Seronok Berpuasa Dan Bakal Beraya Sebagai Suami, Tapi Diet Tetap Diet” – Abam Bocey

Masing-masing gementar nak beraya di rumah mertua masing-masing.


  • Share:

“Seronok Berpuasa Dan Bakal Beraya Sebagai Suami, Tapi Diet Tetap Diet” – Abam Bocey
Kali pertama beraya sebagai suami isteri. (Pic: Instagram @abam_bocik)
Tahun pertama menyambut Ramadan dan Syawal dengan status sebagai suami, Abam Bocey mengakui berdepan fasa yang cukup menyeronokkan kerana segala makan pakai terjaga oleh isteri tersayang, Siti Nurhidayah Mohd Ali yang dinikahinya sejak 8 Disember lalu.
Artis Komedi Lelaki Popular ini bagaimanapun harus kental untuk tidak mengikut nafsu makan sepanjang Ramadan ini kerana masih patuh dengan aturan pelan diet yang diamalkan sejak beberapa bulan lalu.
Bersama dua jurulatih peribadi.
“Saya tetap jaga pemakanan saya di bulan puasa ini. Apa yang dimakan pada waktu tengah hari ketika bukan bulan puasa diserap ke waktu sahur. Makan sahur lebih berat. Pilihan makanan sahur saya seperti ubi rebus, ikan salmon bakar, brokoli, cendawan, timun, empat biji telur rebus, sup dada ayam, nasi, salad dan ayam bakar.
Jaga pemakanan di bulan Ramadan.
“Masa berbuka puasa dan waktu malam memang saya jarang makan makanan berat. Saya hanya mengambil kurma dan makanan nutrisi seperti serat soya yang disusun pihak jurulatih peribadi. 
“Menu sebelah malam itu cukuplah untuk kiraan kalori yang ditetapkan. Saya masih boleh melawan nafsu makan kalau tengok orang makan makanan yang sedap. Tapi kalau teringin itu, saya jamahlah sedikit ikut syarat,” katanya.
Berbuka di luar kerana isteri bekerja.
Kebiasaannya Abam akan menemani isterinya berbuka puasa di luar.
“Isteri saya kerja balik waktu petang. Jadi kami sepakat, buka di luar saja. Cuma pada hujung minggu, kami ambil kesempatan berbuka puasa di rumah,” katanya.
Mengenai persiapan raya pula, baik Abam dan isteri tidak terlalu beriya-iya.
Gementar nak beraya di rumah keluarga masing-masing.
“Masing-masing memang gementar nak beraya bersama. Cuma pada malam raya, saya dan ahli keluarga lain memang sepakat nak masak rendang beramai-ramai. Jadi adik beradik yang akan beraya di rumah keluarga mentua boleh bawa bekal rendang ke destinasi masing-masing.
“Tahun ini, kami akan beraya di Gombak dulu. Raya kedua baru ke kampung isteri di Sabak Bernam,” katanya.

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top