CLOSE
CLOSE

Khai Bahar Dah Ada 12 Pasang Baju Melayu Hadiah Peminat Dan Penaja

Banyak lagi bakal menyusul.


  • Share:

Khai Bahar Dah Ada 12 Pasang Baju Melayu Hadiah Peminat Dan Penaja
Terima hadiah baju Melayu daripada peminat dan penaja. (Pic: Instagram @khaibahar94)

Saban tahun bergelar artis, kenikmatan menerima hadiah daripada peminat bukanlah sesuatu perkara pelik. Khai Bahar tidak terkecuali. Tahun ini saja, sebagai contoh dia sudah menerima 12 pasang baju Melayu untuk digayakan pada hari raya Aidilfitri nanti.

Beruntung jadi artis diminati ramai.

Khai yang akan mula bercuti bermula 12 Jun ini dan pulang ke kampung halaman di Perlis, menganggap semua itu sebagai rezeki.

“Setakat ini sudah ada 12 pasang baju Melayu yang saya terima daripada peminat termasuk penaja.

Saya diberitahu akan ada lagi baju Melayu yang menyusul kelak bakal dihadiahkan peminat saya. Saya memang sangat beruntung.

Pakai tanda penghargaan pada semua.

“Cuma untuk raya pertama saya akan pakai baju dari Starvilion. Baju lain itu saya boleh pakai pada hari raya seterusnya. Malah lepas raya pun banyak event yang memerlukan saya memakai baju Melayu, jadi saya akan pakai sebagai tanda menghargai pemberian mereka,” katanya.

Teruja beraya bersama keluarga.

Menurut penyanyi yang mula digilap bakatnya menerusi aplikasi Smule itu, dia akan bercuti selama lapan hari sempena Aidilfitri.

“Bajet duit raya pun saya sudah sediakan. Macam sekarang memang teruja nak balik kampung. Saya juga sudah buat persiapan untuk mak ayah dan adik yang belum berkahwin.

"Yang sudah kahwin itu pandai pandailah sendiri beli baju raya. Insya-Allah tahun ini, tema baju raya keluarga saya ialah ungu.

“Setakat ini belum ada lagi perancangan nak buat open house macam tahun lalu. Saya rasa masa suntuk. Kalau nak buat pun memang kena plan awal. Saya beruntung kerana peminat sangat sporting. Sekalipun tahu saya balik kampung, mereka tak akan mengganggu. Saya balik cuti raya ini pun nak berehat juga,” katanya.

Bertuah dapat berduet dengan Siti Nurhaliza.

Mengenai perkembangan seni, Ramadan ini saja, Khai muncul dengan dua buah single bercorak ketuhanan. Pertama duet lagu Cinta Syurga bersama Datuk Seri Siti Nurhaliza dan kedua, lagu Cahaya 114 yang dirakamkan bersempena Nuzul Al-Quran.

Siti punya aura yang sangat besar.

Pertama kali dapat bekerjasama dengan Datuk Siti Nurhaliza, Khai Bahar menyifatkan penyanyi nombor satu negara itu mempunyai aura tersendiri.

Ingin berduet dengan Ziana Zain dan Siti Nordiana.

“Memang tak salah dan rugi pun sesiapa yang meminatinya,” katanya yang mahu berduet dengan Ziana Zain dan Siti Nordiana pula selepas ini.

Katanya lagi, peluang berduet itu juga bagai satu peluang keemasan yang tak pernah langsung difikirkannya akan menjadi kenyataan.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top