CLOSE
CLOSE

10 Rancangan Raya Wajib Tonton, Confirm Melekat Depan TV

Meriah bersama!


  • Share:

10 Rancangan Raya Wajib Tonton, Confirm Melekat Depan TV

Musim perayaan adalah masa terbaik untuk mempertautkan ikatan silaturahim yang sedia terjalin. Tambah meriah apabila sanak-saudara berkumpul sambil menonton pelbagai aneka rancangan hiburan.

 

Menyambut ketibaan Syawal, Astro meriahkan lagi raya anda dengan saluran khas 'RAYA HD', istimewa untuk semua para pelangganya secara percuma. Ia akan bermula pada 14 Jun sehingga 15 Julai 2018 di saluran 122.

 

Apa rancangan yang menarik sepanjang Syawal ini? Anda harus menonton 10 rancangan terbaik raya ini.

 

1. Ti Amo Sweetheart 100 Hari

Menjalani penggambaran di Itali.

Kisah kesabaran dan cinta seorang isteri bernama Malissa yang penuh dengan dugaan apabila suaminya Iskandar hilang tanpa berita. Dilakonkan oleh Zul Arifin dan Neelofa, drama ini pasti memberikan 1001 emosi pada anda.

Siaran: 15 Jun - 19 Jun 2018, 7 malam di saluran Astro Ria dan Raya HD.

 

2. Bisik Pada Langit

Mengisahkan Wak Selamat yang berkeras ingin melawat anaknya Siti Hajar yang kemalangan di luar negara. Lakonan mantap Beto Kusyairy, Jalil Hamid dan Ummi Nazeera.

Siaran: 15 Jun, 12.30 tengahari, di saluran Astro Ria dan Raya HD.

 

3. Sepahtu Reunion Al Raya

Lawak pecah perut.

Gelak ketawa bersama kumpulan Sepahtu dan selebriti-seleriti jemputan di dalam sketsa komedi spontan paling pecah sepanjang raya ini.

Siaran: 14 Jun, 10 malam di saluran Astro Warna dan Warna HD.

 

4. Abang Long Fadil 2

Fadil yang disalah anggap sebagai Tiger, seorang pembunuh upahan profesional harus mencari Tiger yang sebenar demi membersihkan namanya kembali. Lakonan mantap Zizan Razak, Datuk AC Mizal, Shuib Sepahtu, Syamsul Yusof dan Wak Doyok pasti mencuit hati anda.

Siaran: 24 Jun, 10 malam di saluran Astro Citra.

 

5. Gegar Raya Vaganza

Meriah Gegar Raya Vaganza.

Setelah setahun sorakan menyepi, kini GV kembali dengan kemeriahan bersama hos komedi Nabil Ahmad dan Jihan Muse serta menampilkan Dato Seri Vida sempena hari raya ini.

Siaran: 14 Jun, 11 malam di saluran Astro Ria dan Raya HD

 

6. Black Panther

Wakanda forever!

Selepas kejadian 'Civil War', Black Panther pulang ke Wakanda tetapi takhtanya sebagai raja kini diancam oleh musuh lama dan puak pengganas. Mampukah Black Panther menghalang cubaan mereka untuk menjadikan Wakanda sebagai pencetus perang dunia?

Siaran: Bermula 29 Mei di saluran Astro Best.

 

7. Mohenjo Daro

Mengisahkan tentang cinta dua darjat di antara seorang petani miskin dan wanita bangsawan di zaman kegemilangan Empayar Indus. Lakonan mantap Hrithik Roshan dan Pooja Hegde.

Siaran: 17 Jun, 10 malam di saluran Astro Ria.

 

8. Pok Ya Cong Codei Siti di Hati

Pok Ya kembali, kini dia dikejutkan dengan kehadiran gengster muda yang mahu merampas takhtanya sebagai gengster besar Kelantan.

Siaran: 30 Jun, 9 malam di saluran Astro Citra.

 

9. Mingguan Wanita

Majalah kegemaran wanita.

Adaptasi daripada Majalah Mingguan Wanita yang mengetengahkan isu-isu semasa, fesyen, gaya hidup, hiburan dan banyak lagi di dalam program bual bicara wanita yang menarik.

Siaran: 15, 20, 21 dan 22 Jun, 12 tengahari di saluran Astro Prima dan Maya HD.

 

10. Masterchef US musim ke-9

Rancangan realiti kegemaran.

Rancangan realiti masakan paling mencabar kembali dengan penampilan Gordon Ramsay, Aaron Sanchez dan Joe Bastianich sebagai juri musim ke-9 ini.

Siaran: Bermula 31 Jun (setiap Khamis), 9 malam di saluran Foxlife.

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top