CLOSE
CLOSE

“Ala, Belum Sempat Masak Berbuka Untuk Suami” – Dynas Mokhtar

Masih dirai sebagai pengantin baru, berbuka bersama keluarga dan teman rapat.


  • Share:

“Ala, Belum Sempat Masak Berbuka Untuk Suami” – Dynas Mokhtar
Memasak juadah untuk suami. (Pic: Instagram @dynasmokhtar)

Ramadan yang sedang diraikan kini pastinya memberi sisi tersendiri buat Dynas Mokhtar yang berkahwin buat kali kedua dengan Syazrik Din pada 21 April lalu.

Malah Dynas yang selama ini jarang ke dapur dan tidak pernah belajar memasak semasa perkahwinan pertama dulu sudah mula bertukar sebaliknya.

Masih diraikan.

“Selepas empat tahun jadi ibu tunggal kepada dua anak, saya mula belajar memasak. Jadi selepas kenal dengan suami dan berkahwin, Syazrik kira untunglah sebab dapat rasa air tangan saya.

“Satu kenikmatan dapat masak untuk suami dan tengok sendiri dia menjamu selera. Lagipun Syazrik jenis homely type sekarang ini berbanding ketika kami dalam fasa cinta.

Baru sempat sediakan sahur.

“Anak pun jadi pelik tengok perubahan suami yang suka duduk rumah. Dia gemar langgan filem di TV dan tonton bersama-sama,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Cuma kata Dynas dia sempat menyediakan makan untuk sahur saja buat suami ketika ini.

Banyak berbuka di luar.

“Belum sempat lagi masak untuk berbuka puasa kepadanya. Iyalah banyak undangan berbuka puasa daripada keluarga dan sanak saudara. Kami kini masih dalam peringkat diraikan keluarga selepas sebulan kahwin.

Tidak merancang.

“Saya sempat masak nasi goreng cili padi untuk suami bersahur saja. Mungkin lepas ini dapatlah masak untuk berbuka puasa pula,” katanya

Tentang cahaya mata, Dynas dan suami tak merancang.

“Memang ada hasrat untuk ada anak, tetapi kami tak merancang dan kalau ada rezeki, kami terima seadanya.

Tetap berusaha.

“Kami tak mahu tertekan untuk ada anak sebab saya sendiri sudah ada cahaya mata, namun kami tetap berusaha ke arah itu. Ada rezeki dapat anak kenapa perlu tolak bukan,” katanya yang akan muncul dengan drama Inai Yang Hilang.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top