CLOSE
CLOSE

Bila Badrul Bicara: Tun Siti Hasmah Penggemar Baju Kurung Kedah, Beli Online Je!

Harganya pun tak lebih RM200.


  • Share:

Bila Badrul Bicara: Tun Siti Hasmah Penggemar Baju Kurung Kedah, Beli Online Je!
Peminat baju kurung kedah. (Pic: Instagram @houseofolsha)

Apabila ibu saya berkata “Cantik baju kurung kedah Tun Dr. Siti Hasmah pakai. Simple tapi menarik. Tanyakan mana nak beli?” seloroh ibu saya.

Sambil melihat gambar-gambar yang ditunjukkan ibu saya di telefon bimbitnya, sambil berfikir macam mana nak tahu di mana Tun beli baju kurung kedah yang dipakainya.

Tak sangka ada di Instagram

Saya mula menggodek Instagram. Niat untuk membeli sepasang kurung kedah untuk ibu sempena Aidilfitri yang bakal tiba datang membuak-buak. Walaupun sangat tidak yakin baju kurung kedah tersebut wujud dijual di Instagram, saya tetap cuba.

Memang sesungguhnya rezeki itu ketentuan Tuhan. Saya bertemu dengan satu Instagram @houseofolsha. Paling teruja, terdapat beberapa keping gambar Tun Dr. Siti Hasmah di dalamnya yang memakai baju kurung kedah.

Harga mampu beli.

“Mesti mahal,” jentik hati saya.

Lalu saya buka Instastory untuk melihat harganya. Terkejut melihat harganya hanya daripada RM160 hingga RM190 sahaja.

“Biar betul! Takkan isteri Perdana Menteri Malaysia hanya pakai baju kurung kedah harga macam ni jer? Atau mungkin sekadar baju yang hampir serupa tetapi lebih mahal harganya.

Kurung kedah polos yang sangat menarik.

Tidak mahu berteka teki, saya Direct Message dan cuba dapatkan nombor telefon owner kepada Olsha. Saya dapat menghubungi Farra Olivia yang merupakan rakan kongsi kepada Kay Mazlie, dan mereka bersama membina jenama Olsha.

Sesuai untuk majlis rasmi.

Agak keberatan bercerita mengenai Tun, namun akhirnya mengakui, Tun Dr. Siti Hasmah adalah salah seorang pelanggan baju kurung kedah jenama Olsha yang setia.

“Tun banyak juga beri idea pada kami,” kata Farra ketika dihubungi.

“Kami menjual baju kurung kedah kain kapas jenis polos dan batik, dan harga yang kami jual untuk baju kurung kedah polos adalah RM160, manakala batik pula RM190.

Empunya Olsha bersama Tun Dr. Siti Hasmah.

“Kalau nak walk in, baju kurung kedah Olsha ni ada dijual di Label Luxe, Taman Tun Dr. Ismail, atau boleh saja ke Instagram kami di @houseofolsha.

"Di Instagram, bukan sahaja gambar-gambar yang kami paparkan, tetapi kami turut sediakan ukuran baju untuk memudahkan anda membuat pilihan. Semuanya ada di Instastory.

"Paling utama, Olsha menyediakan baju kurung kedah untuk semua peringkat usia. Pasti ada yang memenuhi citarasa anda," ujar Farra mengakhiri perbualan singkat kami.

The First Lady yang simple dan bergaya.

Terima kasih Farra, syukur niat ibu saya nak pakai baju kurung kedah seperti yang dipakai Tun Dr. Siti Hasmah nampaknya bakal menjadi kenyataan. Tak perlu harga ribu ringgit, janji selesa dan sejuk mata memandang.

Selamat berpuasa.

Jumpa lagi.

Bila Badrul Bicara

 


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top