CLOSE
CLOSE

“Mungkin Saya Tidak Lagi Berada di Sisinya, Tetapi Saya Tetap Memerhatikannya Dari Jauh” – Nazim Othman

Belum mahu berkongsi cerita di sebalik penceraian.


  • Share:

“Mungkin Saya Tidak Lagi Berada di Sisinya, Tetapi Saya Tetap Memerhatikannya Dari Jauh” – Nazim Othman
Buat masa ini, simpan dulu. (Pic: Instagram @nazimothman)

Tarikh 2 Mei lalu menjadi detik keramat buat pasangan Nazim Othman dan Bella Dally apabila mereka sah bercerai di Mahkamah Syariah, Kota Kinabalu Sabah.

Selama ini netizen dan peminat hanya dikejutkan dengan berita perpisahan mereka apabila masing-masing mengumumkan sudah tidak lagi hidup bersama di Instagram.

Biar tenang dulu.

Cuma hingga kini punca perpisahan mereka terus tinggal tanda tanya. Malah hingga kini baik Nazim dan Bella hanya mahu mendedahkan status mereka yang bukan lagi suami isteri.

“Biarlah saya tenang dulu. Hati saya masih rapuh dan belum bersedia.

Tak perlu persoal siapa salah siapa betul.

"Barangkali apabila hati dan jiwa sudah tenang, mungkin saya diberikan kekuatan untuk berkongsi cerita lebih lanjut. Saya membuat kenyataan di laman sosial hanya untuk memberitahu status kami, bukan menyebarkan cerita rumah tangga,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Tidak kisah persepsi netizen.

Bagi pelakon Lara Aishah itu tak perlu dipersoal siap salah dan betul, cukup biar dirinya dan bekas isteri saja yang tahu kisah sebenar.

"Salah dan silap, biarlah ia disimpan dalam lubuk hati yang paling dalam. Kami ada keluarga, banyak hati dan perasaan yang perlu dijaga.

"Saya berterima kasih atas doa yang baik-baik yang dipanjangkan kepada kami. Saya dan bekas isteri tidak mahu ambil kisah dengan persepsi netizen. Apa yang penting, kami mahu hidup dengan tenang," katanya.

Tiada dendam.

Nazim juga akur dan reda dengan ketentuan Tuhan ini sekalipun hatinya benar-benar terluka.

"Kami reda. Jika tidak reda, keadaan pastinya menjadi semakin kusut.

"Sekarang, kami ambil masa bertenang bersama keluarga. Tiada dendam yang tersemat.

"Doa saya, Bella hidup lebih gembira dan dapat mengejar cita-citanya. Mungkin saya tidak lagi berada di sisinya, tetapi saya tetap memerhatikannya dari jauh," katanya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top