Rojak Daily Logo
Back to top

“Saya Memasak Setahun Sekali Waktu Raya” – Ifa Raziah

Sibuk dengan kerjaya serta berniaga dan kini ada produk sendiri.

0
comments
“Saya Memasak Setahun Sekali Waktu Raya” – Ifa Raziah
Sentiasa sibuk sepanjang bulan Ramadan. (Pic: Instagram @ifa_raziah)
Hampir saban tahun artis versatil Ifa Raziah terus ligat mencari rezeki di bulan Ramadan termasuk berniaga.
Malah tahun ini, penyanyi yang juga pelakon berkenaan memaklumkan akan berniaga hingga malam raya di Singapura.
Berniaga sampai ke Singapura.
“Semua tahu saya sejak dari dulu lagi memang suka berniaga. Ia minat saya. Nak berniaga ini memang kena ada minat. Setakat nak pose cantik, tak jalan rasanya. Malam raya pun saya akan berniaga di Singapura. Besar kemungkinan raya ketiga baru balik Kuala Lumpur. Memang selalunya bulan puasa dari dulu lagi saya sudah pernah berniaga kuih Tat, hamper raya dan kek lapis.
Meniaga hamper, kuih dan produk sendiri.
“Macam sekarang saya ada produk sendiri termasuk minuman tambahan Solid Molid, memang kenalah turun pandang. Saya kena tunjuk hasilnya. Ada yang kecam dan tak percaya kononnya saya melakukan suntingan gambar sebab nak nampak kurus. Sekarang tengoklah depan mata puas-puas sama ada saya tipu atau tidak.
Nak kaya kena rajin.
“Penat memang penat. Tapi saya pun nak kaya macam usahawan kosmetik Datuk Vida. Saya jenis rajin kerja sebab bukan senang nak cari duit. Saya pun jenis yang tak reti duduk diam. Malah kalau duduk di rumah goyang kaki tak buat apa saya boleh demam memikirkan duit tak masuk,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!
Mahu buktikan kurus bukan sebab edit gambar.
Malah sepanjang bulan puasa dek kesibukan berniaga selain memenuhi undangan mengacara dan nyanyian, Ifa sebenarnya tidak pernah memasak di rumah.
“Saya hanya akan memasak setahun sekali masa waktu raya. Anak dan suami pun faham yang saya ini sibuk cari duit.
Hasilkan produk pelansingan badan.
“Apabila ada produk sendiri lagilah saya kena kerja kuat nak lariskan perniagaan,” katanya.
Ifa kini juga semakin langsing dan berjaya menurunkan berat badan berjumlah 21 kilogram.
Mengenai persiapan raya, Ifa memberitahu semuanya dilakukan ala kadar dan serba sederhana.
 
 
Comments