CLOSE
CLOSE

Semalam Sahur Di Mana, Tanya Andi Bernadee

Catchy dan sesuai untuk mengusik kawan.


  • Share:

Semalam Sahur Di Mana, Tanya Andi Bernadee
Single khas untuk bulan puasa. (Pic: Instagram @andibernadee)

Penyanyi Andi Bernadee menyifatkan single khas terbaharunya berjudul Semalam Sahur Di Mana yang sedang rancak dipromosikan sempena kehadiran Ramadan ini seakan dapat melepaskan rindu buat peminat yang selama ini tertunggu tunggu buah tangan nyanyian daripadanya.

Menurut Andi atau nama penuhnya, Andi Azrul Andi Mapangile lagu asal dendangan penyanyi rap terkenal Indonesia, Roy Ricardo itu dirakamkan semula olehnya seminggu sebelum puasa lalu kira-kira dalam tempoh tiga jam.

Lagu asal penyanyi terkenal Indonesia.

“Lagu ini berentak hip hop ia memang sesuatu yang baharu untuk saya. Lagu ini yang judul asalnya Semalem Sahur Di Mana juga percubaan saya dalam mengangkat tema ibadat sahur.

“Kebiasaannya kalau sebut puasa di bulan mulia ini, kita selalu fokus perihal waktu berbuka puasa seperti mahu makan apa atau nak berbuka puasa di mana. Tapi kali ini kita sentuh pula kepentingan waktu bersahur. Hakikatnya waktu sahur juga sama meriah dengan waktu berbuka.

Lagu catchy dan mengusik.

“Lagu ini juga saya sifatkan saya catchy dan sesuai untuk mengusik kawan,” katanya.

Andi yang sebelum ini mencuri perhatian menerusi nyanyian parodi lagu ‘Tak Tun Tuang’ yang pernah tular pada penghujung tahun lalu juga berharap peminatnya akan bersabar menanti single komersial terbaharunya tidak lama lagi.

Tidak patah semangat.

“Ikut perancangannya lepas raya saya akan tampil dengan single baru. Harap lagu itu akan menyemarakkan kembali nama saya selepas ini. Sebelum ini single pertama saya Tiada Lagi Maaf dilihat belum cukup kuat memahatkan nama saya di arena seni. Ia bukan alasan untuk saya patah semangat. Saya percaya semua ini perlu saya lalui sebelum mencapai jaya.

Lagu diberi nafas baru.

“Selain mempromosikan single Semalam Sahur Di mana, sepanjang bulan Ramadan ini pun saya bersyukur dapat luangkan masa untuk melipat ganda pahala melakukan kerja amal seperti melawat rumah orang tua dan mengedarkan bubur lambuk,” katanya.

Bagi memastikan single ini diterima baik oleh peminat, susunan muzik Semalam Sahur Di Mana diberi nafas baru oleh Ikhwan manakala lirik pula digubah semula oleh Omar K.

Ada semua di platform digital.

Dalam lagu asal, muziknya lebih kepada rentak EDM bagaimanapun untuk versi Andi ia diubah bersesuaian dengan cita rasa peminat muzik tempatan dan lirik pula sesuai dengan budaya dan cara hidup rakyat Malaysia.

Semalam Sahur Di Mana dijangka bakal memeriahkan lagi suasana dan sambutan Ramadhan pada tahun ini. Semalam Sahur Di Mana boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 25 MEI 2018. Lagu ini dibawakan khas dari Warner Music (M) Sdn Bhd.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top