CLOSE
CLOSE

“Rezeki Seni Berkurang, Tetapi Bersyukur Masih Ada Rezeki Lain” – Izreen Azminda

Beri tumpuan pada keluarga sepanjang Ramadan.


  • Share:

“Rezeki Seni Berkurang, Tetapi Bersyukur Masih Ada Rezeki Lain” – Izreen Azminda
Izreen anggap segalanya ujian Tuhan. (Pic: Instagram @udewahid)

Izreen Azminda menganggap kontroversi yang melandanya selepas memilih pemuzik bebas, Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude sebagai suaminya sebagai ujian yang paling berat dilaluinya selepas lebih 12 tahun memilih bidang seni. Pelakon bertudung itu dikecam hebat netizen kerana dituduh kononnya merampas kebahagiaan serta merosakkan rumah tangga orang lain.

Izreen berkahwin tahun lalu dengan Ude. Namun kini sejak Ude menceraikan bini pertama, Intan Liana Saleh Mac lalu, Izreen tidak lagi hidup bermadu. Malah selepas enam bulan ini dia terus-terusan dibenci netizen.

Perbaiki diri.

"Ini ujian paling berat diterima selama lebih 12 tahun menjadi anak seni. Mungkin ini semua kifarah hidup, Kun Faya Kun, jadi, maka jadilah ia.

"Saya, suami dan pihak di sana mungkin pernah melakukan kesilapan, jadi kami ditimpa dengan ujian hidup. Sejujurnya, saya terlalu sibuk bekerja sepanjang selama ini hingga alpa dan lalai dengan perintah Tuhan. Allah pemberi rezeki dan Dia boleh merentapnya sekelip mata.

Cuba jadi positif.

Cuba menjadi positif, Izreen mengakui apa yang terjadi membuatkan rezeki semakin menjauhinya. Namun di sebalik itu, dia dianugerahkan dengan suami.

"Saya percaya sama juga dengan pihak di sana. Allah menarik suaminya, tetapi memberikannya dengan rezeki yang banyak. Itu yang diinginkan selama ini, Allah menunaikannya. Kami menerima bahagian masing-masing. Allah Maha Adil.

Percaya ujian Allah untuk perbaiki diri.

"Selepas dilanda kontroversi itu ini, rezeki seni tidak menyebelahi saya. Tetapi saya bersyukur, kehidupan saya masih sama, ada saja rezeki lain yang diberikan.Allah membuka jalan lain untuk saya mencari rezeki. Masih ada rezeki untuk saya menyelesaikan perbelanjaan diri serta keluarga.

"Saya percaya Allah menimpakan saya ujian sebelum memberi kebahagiaan," katanya.

Sempena bulan Ramadan ini juga, Izreen sudah mengosongkan hatinya untuk memaafkan netizen yang pernah menjatuhkan hukum serta melemparkan fitnah terhadapnya dan keluarga.

Maafkan apa orang kata.

"Ada yang mempertikaikan kenapa saya pula beriya-iya memaafkan netizen, sedangkan saya dilihat bersalah? Tidak berdosakah apabila kita memaki hamun, mencarut dan membuat fitnah?

"Ada masanya saya malu melihat mereka yang mengutuk dan menghina saya, seperti tiada lagi keampunan. Mereka tidak berada dalam kehidupan kami," katanya yang memilih untuk menutup ruangan komen di Instagram buat selama-lamanya kerana enggan melihat perbalahan sesama netizen.

Bulan puasa ini masakkan juadah berbuka dan sahur untuk suami.

Tambah Izreen di bulan puasa ini dia tidak terlalu sibuk dan mengambil ruang itu untuk memenuhi tanggungjawab sebagai isteri menyiapkan juadah berbuka dan bersahur.

"Saya lihat suami jenis suka makan di rumah. Dia pula tidak cerewet dalam soal makanan, janji pedas.

"Suami menggemari lauk kering dan saya pula berkuah. Jadi, saya kena menyiapkan beberapa jenis masakan. Ude paling suka asam pedas ayam. Saya sendiri masih belajar masak asam pedas orang Johor. Saya pun memang gemar memasak jika ada masa terluang. Saya ambil ruang bulan puasa ini untuk mencuba memasak pelbagai menu,” katanya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top