Rojak Daily Logo
Back to top

Faizal Tahir Umum Konsert Solo 3 November Ini

Berharap Datuk Seri Siti Nurhaliza sudi berduet dengannya.

0
comments
Faizal Tahir Umum Konsert Solo 3 November Ini
Foto: Instagram @faizal_tahir

Akhirnya! Faizal Tahir mengesahkan bakal mengadakan konsert solonya selepas tertangguh kerana pelbagai halangan. Konsert ini dijadualkan akan berlangsung pada 3 November tahun ini di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

 

Menetik temubual Harian Metro bersama Faizal,“perancangan mengadakan konsert itu sebenarnya sudah dimulakan selepas album saya Anatomi dilancarkan. Bagaimanapun susah untuk mendapat tarikh yang sesuai disebabkan tidak kena pada masanya."

 

"Saya menetapkan tema ‘moved’ untuk konsep persembahan nanti. Saya mahu penonton menari dan tersentuh dengan setiap nyanyian saya,” katanya lagi.

 

Biarpun ini konsert solonya, dia mahu berduet dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza serta beberapa artis lain pada konsertnya itu.

 

Antara punca dia terpaksa menangguh pelan asal konsertnya dahulu berikutan dia susah mencari masa untuk mempersiapkan diri daripada segi stamina.

 

“Untuk konsert itu, saya kena ambil masa yang cukup bagi mempersiapkan diri. Saya kena masuk ‘gym’ semula dan bersenam bagi memantapkan stamina. Bukan satu atau dua lagu saja saya nyanyikan tapi banyak. Saya tidak mahu nanti persembahan saya kurang bertenaga,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro

 
 
Comments