Rojak Daily Logo
Back to top

Adira Suhaimi Hamil Anak Kedua, Anggrek Bakal Jadi Kakak

Tahniah Adira.

0
comments
Adira Suhaimi Hamil Anak Kedua, Anggrek Bakal Jadi Kakak
Usahawan Datuk Red mendedahkan isterinya, penyanyi Adira Suhaimi kini hamil.

Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu mengesahkan perkara itu dengan memuat naik foto terbaru Adira menerusi akaun Instagramnya hari ini.
Adira bahagia bersama Datuk Red.
Foto tersebut merakamkan ‘baby bump’ Adira yang semakin membesar. Turut disertakan kapsyen pendek untuk gambar berkenaan.

“Done breakfast. Esok dah puasa. Malam ni InshaAllah terawih kita #datoredhensem #selamatberpuasa #done #done,” tulisnya ringkas.
 

Foto itu juga menunjukkan wajah Adira yang sedang tersenyum sambil memegang tangan anak mereka, Anggrek.

Usahawan hartanah itu berkahwin dengan Adira sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Pasangan ini kemudiannya menimang cahaya mata pada 10 Mac 2017.
 
 
 
Comments