CLOSE
CLOSE

"Khai Bahar Mampu Alunkan Zikir Dengan Baik" - Datuk Seri Siti Nurhaliza

Malah kualiti vokal dan populariti turut diambil kira untuk berduet.


  • Share:


Siti dan Khai berduet dalam Cinta Syurga. (Pic: Instagram @khaibahar94)

Datuk Seri Siti Nurhaliza mengumumkan bahawa beliau berduet dengan Khai Bahar untuk single Cinta Syurga. Lagu Cinta Syurga merupakan versi zikir untuk lagu Comel Pipi Merah yang dilancarkan sebelum ini.

Siti pilih Khai.

Menurut Siti, Cinta Syurga adalah lagu Comel Pipi Merah yang diubah liriknya untuk disesuaikan dengan bulan Ramadan.

Dipilih kerana vokal, bakat dan populariti.

Menurut laporan BH Online, Siti turut mendapat kerjasama daripada Bazli UNIC yang menjadi penyanyi latar dan turut bertindak sebagai penjaga vokal serta sebutan untuk lagu berkenaan.

Bazli jaga vokal dan sebutan.

Lagu Comel Pipi Merah dizahirkan Siti sempena kelahiran puteri beliau, Siti Aafiah Khalid.



Khai bahar ketika dihubungi Rojak Daily Kaw! ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Pengurusnya Rozi Abdul Razak, kerana memberi peluang kepada beliau untuk berduet.

"Ini adalah antara impian Khai selama ini untuk berduet dengan Tok Ti," kata Khai.

"Masa first time jumpa Tok Ti tu Khai rasa memang dia seorang yang sangat, sangat baik, bila nak tinggal tu memang rasa sangat sayang kerana dia seorang yang ada aura yang tersendiri," tambah Khai lagi dengan rasa syukur.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top