CLOSE
CLOSE

“Sambut Ramadan Tanpa Keluarga Di Sisi” – Nabila Razali

Berlakon di bumi Turki.


  • Share:

“Sambut Ramadan Tanpa Keluarga Di Sisi” – Nabila Razali
Kali pertama berpuasa di negara orang tanpa keluarga di sisi. (Pic: Instagram @nabila.razali)

Pertama kali mengembara ke luar negara tanpa ditemani keluarga, penyanyi yang juga pelakon Nabila Razali mengakui perasaannya mula bercampur baur. Malah paling penting kembaranya ke Turki baru-baru ini juga akan berlarutan hingga ke bulan Ramadan yang akan disambut tak lama lagi.

Bintangi drama.

Penyanyi lagu Pematah Hati itu ke sana atas urusan kerja membintangi drama berjudul Cintaku Di Bumi Izmir.

“Saya akan berada di Tukri selama sebulan. Jadi dalam dua minggu juga saya akan berpuasa di sana. Dalam seminggu sebelum nak raya baru akan kembali ke Kuala Lumpur.

Tempuhi masa puasa yang lama.

“Ini memang kali pertama saya berjauhan dengan keluarga selain berpuasa di tempat orang. Malah saya dapat tahu tempoh berpuasa di sana lebih panjang iaitu dalam 17 jam. Tak tahu nak bayangkan bagaimana mahu melaluinya. Harapnya saya akan terus kuat dan semuanya dipermudahkan,” katanya.

Bawa watak pembantu.

Menerusi drama yang ditunjangi Hefny Sahad dan Raysha Rizrose itu, dia membawakan watak sebagai Farah.

“Saya jadi watak pembantu yang juga teman baik kepada Raysha. Kami belajar di sana. Kiranya Farah jadi teman susah senangnya. Karakter Farah sangat ceria dan positif,” katanya.

Wakil generasi muda.

Nabila dalam perkembangan lain juga turut terbabit menjayakan sebuah kempen jenama kecantikan di samping Khai Bahar.

“Saya sempat memenuhi sesi fotografi dan videografi kempen itu. Kiranya saya dan Khai mewakili generasi muda,” katanya.

Tak menolak berduet dengan Khai Bahar.

Malah Nabila juga tidak menolak rezeki andai berpeluang berduet dengan penyanyi lagu Luluh itu.

“Dia pun seorang penyanyi yang hebat. Kalau ada peluang berduet memang saya takkan lepaskan,” katanya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top