Rojak Daily Logo
Back to top

Uqasha Senrose Ditahan, Dadah Jenis Erimin 5 Dalam Beg Tangan

Disyaki berada dalam keadaan khayal.

0
comments
Uqasha Senrose Ditahan, Dadah Jenis Erimin 5 Dalam Beg Tangan
Pelakon Uqasha Senrose ditahan kerana memiliki dadah jenis Erimin 5.
 
Malah ketika ditahan pelakon tersebut juga disyaki berada dalam keadaan khayal.
 
Difahamkan Uqasha ditahan selepas terlibat dalam satu kemalangan di hadapan sebuah rumah bertempat di Taman Tun Dr. Ismail pada jam 11.45 pagi hari ini.
 
Menurut sumber, sebuah motokar jenis Range Rover berwarna putih telah melanggar sebuah kereta jenis Honda BRV.
 
Uqasha kemudiannya ditahan dan dibawa ke balai polis Taman Tun Dr Ismail.
 
Hasil pemeriksaan mendapati terdapat enam keping aluminium foil berwarna merah disyaki dadah jenis Erimin 5 di dalam beg tangan milik aktres berkenaan.
 
 
Comments