Rojak Daily Logo

ABPBH 29: Neelofa Bintang Paling Popular!

0
comments
ABPBH 29: Neelofa Bintang Paling Popular!
Tahniah Neelofa! (Gambar: www.bharian.com.my)

Dengan undian sebanyak 212,829 berjaya menobatkan pengacara rancangan MeleTop, Neelofa, sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 29 (ABPBH 29) yang berlangsung malam tadi. Majlis anugerah yang bersiaran di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) itu diacarakan oleh AG, Haiza, Mira Filzah dan Zizan Razak.

Berikut merupakan senarai pemenang bagi 13 kategori ABPBH 29 dan lima kategori online ABPBH 29:

ABPBH 29 Kategori Utama

Bintang Paling Popular: Neelofa
Anugerah Pencapaian Sepanjang Zaman: Fauziah Datuk Ahmad Daud
Artis Baharu Lelaki Popular: Sufi AF2015
Artis Baharu Wanita Popular: Mira Filzah
Pelakon Filem Lelaki Popular: Sharnaaz Ahmad
Pelakon Filem Wanita Popular: Fathia Latiff
Pelakon TV Lelaki Popular: Sharnaaz Ahmad
Pelakon TV Wanita Popular: Emma Maembong
Penyanyi Lelaki Popular: Aizat
Penyanyi Wanita Popular: Adira
Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular: Wings
Artis Versatil Popular: Ifa Raziah
Pengacara TV Popular: Neelofa
Penyampai Radio Popular: DJ Lin
Artis Komedi Popular: Abam
 

ABPBH 29 Kategori Online

Artis Aksi Selfie Popular: Saharul Ridzwan
Personaliti Media Sosial Popular: Lara Alana
Artis Ikon Respek: Datuk Aznil Haji Nawawi
Artis Trending Popular: Ayda Jebat
Artis YouTube Popular: Siti Nordiana

 
 
Comments