Rojak Daily Logo
Back to top

Bila Badrul Bicara: Tak Perlulah Kita Rendahkan Diri Kita Serendah Kata-Kata Dia

Kritiklah, marahlah, tapi tak payah gelarkan dia.

0
comments
Bila Badrul Bicara: Tak Perlulah Kita Rendahkan Diri Kita Serendah Kata-Kata Dia
Status di Facebook timbulkan kemarahan ramai. (pic: Instagram)

Kecoh industri sekejap bila Zaihani atau panggilan mesranya Kak Zai yang didakwa guru dalam berfesyen di Malaysia ini mengeluarkan ayat yang sungguh memalukan.

Memandangkan industri fesyen dan hiburan saling berkait, maka ramai juga selebriti yang turut serta meluahkan pendapat dan pandangan masing-masing.

"Kalau berat badan melebihi 60kg, tak payah lah datang, sebab nya peha awak tu melimpah kat kerusi sebelah kiri dan kanan awak. It's so awkward and uncomfortable for the persons seated next to you!!!"

Itu yang ditempelaknya di status Facebook beliau.

Sebagai seorang yang beratnya melebihi 60kg, tentulah saya terasa. Apatah lagi saya selalu juga hadir ke majlis pertunjukan pereka fesyen terkenal tanah air seperti Calvin Thoo, Hatta Dolmat dan lain-lain. Mula-mula rasa marah tu wujud juga.

Tetapi saya cuba jadi positif. Saya selalu juga menonton 'Little People, Big World' di Astro saluran 707 (TLC), jadi dari situ saya agak faham dengan perasaan yang dilalui oleh Kak Zai.

Kadang-kadang kita terlupa bahawa orang kecil juga perlukan layanan yang sama dan tiada diskriminasi.

Peha besar seperti saya yang mungkin jatuh ke sebelah kiri dan kanan mungkin menjadi beban yang teramat sangat kalau ianya melanggar pehanya yang kecil itu dan boleh menyebabkan kecederaan yang teruk.

Untuk insan yang fragile sepertinya, mestilah akan menyusahkan hidupnya kalau terpaksa ke hospital menerima rawatan dan sebagainya. Jadi, daripada situ saya agak faham tempelaknya di Facebook untuk manusia bersaiz besar seperti saya.

Jadi saya pohon sangat kepada rakan-rakan selebriti serta wartawan fesyen supaya tidak menggelarkan dia dengan nama yang bukan-bukan seperti nenek, yoda, orang tua, kerepot, mulut longkang, pendek, renek, buruk dan sebagainya. Kita juga perlu ada sifat hormat kepada yang lebih tua dan mungkin agak kecil berbanding dengan saiz kita.

Pada saya, don't stoop so slow as her atau kalau literally translate ke bahasa Malaysia, tak payahlah rendahkan diri kita serendah dia!

Jumpa Lagi.

Bila Badrul Bicara

 
 
Comments