CLOSE
CLOSE

“Kalau Try So Hard, Dah Lama Saya Warna Rambut Dan Buat Tattoo” – Ismail Izzani Komen Tiru Justin Bieber

Lebih merujuk kepada Chris Brown.


  • Share:

“Kalau Try So Hard, Dah Lama Saya Warna Rambut Dan Buat Tattoo” – Ismail Izzani Komen Tiru Justin Bieber
Penyanyi Ismail Izani membidas dakwaan yang mengatakan dirinya meniru gaya Justin Bieber semata-mata untuk popular.

Kata Ismail, dia tidak meniru bintang antarabangsa itu sebaliknya hanya menjadikan Bieber sebagai idola dalam industri muzik.

Gelagat Ismail Izzani Ketika Persembahan

“Rujukan saya pada asalnya adalah Chris Brown dan selepas itu barulah Bieber.

“Saya memilih Bieber kerana pada waktu itu saya masih lagi bersekolah dan Bieber pula sudah berjaya ketika usianya masih muda.

“Jadi saya memandangnya dari sudut positif di mana dia merupakan seorang anak muda yang kuat berusaha untuk menjadi seorang penyanyi.

“Jadi saya ambil contoh usaha dan kekuatan dia untuk berjaya dalam industri ini.

“Kalau mereka kata saya try so hard to be like him, saya dah warna rambut dan dah buat tatu.

“Tetapi tidak, saya lebih selesa menjadi diri saya. Biarlah apa orang nak kata,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Ranggi Gaya Ismail Izzani

Dalam pada itu, Ismail juga mengulas mengenai gelaran Justin Bieber Malaysia yang diberikan netizen kepadanya.

Ismail berkata, dia tidak kisah dengan gelaran tersebut kerana perkara itu membuktikan lagu terbarunya berjudul Luar Biasa mendapat sambutan.

“Buat apa saya mahu suruh mereka stop? Sebabnya orang yang memberikan gelaran itu bukannya saya.

“Secara jujurya bila ada yang beri panggilan begitu saya rasa, Alhamdulillah. Ini bermakna mereka mendengar lagu saya.

Ismail bersama Alif ketika AME2018 baru-baru ini

“Tetapi kalau mereka sendiri yang nak berhenti daripada panggilan tersebut, saya tidak kisah.

“Yang penting saya mahu berkongsi muzik dan saya juga menyimpan impian untuk membanggakan nama Malaysia satu hari nanti,” jelasnya.
 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top