Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Suudu Logo
Back to top

Azira Shafinaz Sedia Berkahwin

Masih bersama kumpulan De Fam.

0
comments
Azira Shafinaz Sedia Berkahwin
Foto: Instagram/@azirashafinaz

Pelakon dan penyanyi Azira Shafinaz mengakui sudah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan dengan lelaki yang sudah dikenalinya sejak lima tahun lalu.

 

Dia berkata mereka bakal terus mendirikan rumah tangga tanpa majlis pertunangan seperti kebiasaan pasangan bercinta.

 Antara yang paling menonjol dalam De Fam.

"Kami memang saling mengenali dan ada perancangan ke fasa yang lebih serius. Apapun setakat ni belum ada tarikh muktamad. Nanti apabila dah ada tarikh saya akan maklumkan," katanya kepada Rojak Daily Kaw!

 

Azira yang juga merupakan seorang daripada anggota De Fam berkata buat waktu ini dirinya enggan berkongsi identiti lelaki yang bertakhta di hatinya itu.

 

"Saya rasa lebih baik untuk tidak terlalu mendedahkan identiti beliau kerana menghormati ruang peribadinya. Tetapi kalau sesiapa yang memang mengenali dirinya, saya tiada masalah dalam hal itu," katanya.

 

Sementara itu, dia berkata meskipun ketiga-tiga mereka rancak merencana kerjaya solo masing-masing, Azira menjelaskan kumpulan berkenaan masih bersama memperjuangkan kerjaya nyanyian mereka. Tambahnya, De Fam bakal tampil dengan single keempat dalam waktu terdekat.

 De Fam masih utuh bersama.

"Tidak dinafikan peminat bertanya mengenai kami dan ada menyangka kami sudah membawa haluan sendiri. Hakikatnya kami masih bersama dan saling menyokong serta percaya sesama kami," kata Azira.

 

Selain Azira, kumpulan yang cukup popular dengan lagu Supergirls itu turut dianggotai oleh Cik Manggis dan Sophia Liana.

 
 
 
Comments