Rojak Daily Logo

Maher Zain Kongsi Album Baru Bersama Perdana Menteri

0
comments
Maher Zain Kongsi Album Baru Bersama Perdana Menteri
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (kiri) mengambil gambar bersama Maher Zain dalam satu pertemuan. (Gambar: Najib Razak - Facebook)
Populariti penyanyi kelahiran Lubnan, Maher Zain sememangnya menarik perhatian ramai peminat dari seluruh dunia. Tidak kira di mana masyarakat Islam berada, lagu popularnya seperti "Insha Allah, Palestine Will Be Free" dan "The Choosen One" sentiasa diminati.

Sejak awal bulan ini, jejaka berusia 35 tahun ini turut singgah ke Kuala Lumpur untuk mempromosikan album terbarunya, One. Menariknya, kunjungan penyanyi ini dengan album ketiganya ini selepas empat tahun masih mendapat sambutan positif dalam kalangan peminat tempatan.

Begitu juga, penyanyi ini dalam diam turut mempunyai peminat istimewa iaitu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang sempat berkongsi gambar mereka dalam satu pertemuan.

Menerusi status Najib Razak di Facebook hari ini, beliau menyatakan lagu nyanyian Maher Zain lebih sekadar satu bentuk hiburan tetapi mempunyai mesej dakwah yang mampu meraih jutaan peminat di seluruh dunia. Malah, pengaruh lagunya juga boleh menarik perhatian golongan muda di negara ini.

“Maher Zain berkongsi dengan saya album baru beliau tadi, suka saya lihat lagu-lagu di dalamnya masih membawa mesej dakwah yang mengajak umat Islam ke arah kebaikan. Semoga kita semua memperoleh rahmat Allah SWT, Insha Allah,” katanya.



Pastinya, pertemuan penyanyi ini dengan Perdana Menteri Malaysia sempena promosi album terbarunya kali ini suatu yang cukup bermakna dan menjadi sejarah peribadi buat karier seninya.
 
 
 
Comments