Rojak Daily Logo

"Nak Raya, Kami Jaga" Catat 123,000 Tontonan

0
comments
Aksi yang dirakam anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak menjadikan muzik video ini suatu yang menghiburkan

Sempena Aidilfitri yang masih diraikan, pelbagai program menarik disiarkan di televisyen sebagai hiburan. Begitu juga, satu muzik video dimuat naik di Facebook mengenai aksi beberapa anggota polis menyanyi dan menari menyambut Aidilfitri.

Apa yang menarik perhatian pengunjung di media sosial itu adalah aksi lima anggota polis terdiri daripada empat lelaki dan seorang wanita lengkap beruniform beraksi dengan menyanyi dan menari dalam muzik video itu.

Muzik video berjudul "Nak Raya. Kami Jaga" dimuat naik Pandatechstudio Malaysia pada sehari sebelum umat Islam menyambut Aidilfitri. Apa yang membanggakan, ia bukan saja menunjukkan aksi anggota polis yang bertugas pada musim perayaan tetapi aksi yang dirakam anggota dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak menjadikan muzik video ini suatu yang menghiburkan.

Muzik video itu mengisahkan anggota polis yang perlu bertugas pada Aidilfitri dan bersedia menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan negara. Sehingga kini, muzik video tersebut ditonton 123,000 pengunjung Facebook dan mendapat 1,700 ‘like’ manakala 4,450 kali dikongsikan menerusi media sosial itu.

 
 
Comments