Rojak Daily Logo

Anak Mami Nasi Kandaq Idea Murahan?

0
comments
Anak Mami Nasi Kandaq Idea Murahan?
Filem Anak Mami Nasi Kandaq menjadi edisi ketujuh filem francais kisah anak mami arahan Datuk Profesor A Razak Mohaideen.

Filem francais, Anak Mami Nasi Kandaq yang ditayangkan sejak hari raya pertama, 6 Julai lalu menarik perhatian ramai apabila ia turut mengundangkan kritikan penggiat seni perfileman tanah air. Filem arahan Datuk Profesor A Razak Mohaideen ini menjadi edisi ketujuh selepas Anak Mami The Movie ditayangkan pada tahun 2002, Mami Jarum (2002), Anak Mami Jarum Junior (2003), Anak Mami Kembali (2005), Nana Tanjung 1 (2006) dan Nana Tanjung 2 (2007).

Ketua Jabatan Penyiaran dan Perfileman, Kolej MEA, Zaki Abdul Rahim tampil menyatakan pandangan terhadap filem terbitan FiTA Studios Sdn Bhd dengan kerjasama Lineclear Motion Pictures Sdn Bhd ini membawa skrip yang ringkas dan di bawah jangkaan penonton.

”Qi Razali muncul sebagai Farid yang menyamar sebagai Faridah kononnya terpikat dengan Fitri anak Mamu Nizam. Fuhh jika inilah tema jantan jadi betina maka ‘tak dak lah’ apa yang baru buah tangan sarjana perfileman juga Dekan fakulti melainkan idea murahan yang cuba memerangkap gelak tawa penonton,” katanya dalam statusnya di Facebook, hari ini.

Tambahnnya, beberapa adegan membabitkan watak utama, Mamu Nizam yang berhasrat kahwin lagi tidak kena apatah lagi aksi anak gadis tauke restoran nasi kandar itu bersikap ‘gedik’ dan arwah isteri berambut ‘blonde’. Zaki bersama hanya empat penonton menyaksikan filem itu pada malam tadi turut mencadangkan agar UiTM Holdings lebih fokus dan tegas dalam memartabatkan aspek ilmu jika mahu melabur dalam filem akan datang sesuai dengan taraf sebagai institusi pengajian tinggi awam.

Presiden Persatuan Profesional Pekerja Filem Malaysia (PROFIMA), Kapten Khir Mohd Noor, juga tampil memberi komen terhadap pandangan jujur Zaki itu mengharapkan pengarah filem ini menghasilkan filem yang lebih berkualiti dengan kandungan yang baik untuk dijadikan bahan rujukan industri termasuk pelajar.

Anak Mami Nasi Kandaq | Rojak Daily
Khir berharap Razak menerbitkan filem yang lebih berkualiti. (Gambar: Zaki Haji Abdul Rahim - Facebook)
Anak Mami Nasi Kandaq | Rojak Daily
Salah satu adegan filem Anak Mami Nasi Kandaq yang kini masih ditayangkan di pawagam. (Gambar: FiTA Studios - Facebook)
Anak Mami Nasi Kandaq | Rojak Daily
Zaki mengkritik filem ini sebagai idea murahan yang cuba memerangkap penonton. (Gambar: FiTA Studios - Facebook)
 
 
Comments