Rojak Daily Logo
Back to top

Anugerah MeleTOP ERA 2018 – Kami Senaraikan Apa Yang Anda Perlu Tahu Dan Apa Yang Anda Perlu Buat

Jangan lupa undi artis kesayangan anda untuk menjulang trofi berprestij ini.

0
comments
Anugerah MeleTOP ERA 2018 – Kami Senaraikan Apa Yang Anda Perlu Tahu Dan Apa Yang Anda Perlu Buat
Antara yang hadir di sidang media pengumuman top 5. (Pic: Azrul Rafie)

Untuk memudahkan anda mendapatkan informasi yang lengkap serta membuat undian untuk Anugerah MeleTOP ERA 2018 (AME 2018), kami senaraikan apa yang anda perlu tahu dan perlu buat untuk artis kesayangan anda.

 

Apa Yang Anda Perlu Tahu:

 

Zizan paling banyak pencalonan.
  • Selain daripada Nabil dan Neelofa sebagai tunggak utama, beberapa selebriti terkenal seperti Sabri Yunus, Datuk Awie, Zul Ariffin, Zizan Razak dan lain-lain bakal digandingkan Bersama Nabil dan Neelofa untuk mengacarakan AME 2018.
  • Antara nama-nama popular yang bakal membuat persembahan pada malam kemuncak kelak termasuklah Awie dan Mus May, Mas Idayu, Ernie Zakri dan Syamel, Hael Husaini, Haqiem Rusly, serta Xpose Band.
  • Kumpulan Ruffedge bakal membuat kemunculan kembali di AME 2018 selepas 10 tahun menyepi. Artis Indonesia, Virgoun yang popular dengan lagu Surat Cinta Untuk Starla juga akan membuat persembahan.
Fazura dan Fattah dalam kategori Fesyen.
  • Acara gilang gemilang ini bakal dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada hari Ahad, 8 April 2018, jam 9.00 malam secara eksklusif di empat buah saluran utama iaitu Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Astro Maya HD (134).
  • Anda juga boleh menonton secara live streaming menerusi YouTube di saluran MeleTOP serta perkhidmatan Astro Go, NJOI Now dan on demand.
  • Sebagai bonus untuk anda, program istimewa Showcase Eksklusif AME 2018 bakal disiarkan menerusi platfrom digital di laman Astro Go pada 8 April nanti bermula jam 5.00 hingga 6.30 petang.

 

Apa Yang Anda Perlu Buat:

 

Siti Nordiana.

Mahu artis kesayangan anda menang anugerah? Undian fasa kedua untuk menentukan pemenang akhir untuk setiap kategori boleh dibuat menerusi laman web rasmi di www.anugerahmeletopera.com.my, aplikasi ERA dan Raku serta melalui kiriman SMS bermula 6 Mac 2018, jam 6.00 petang hingga 8 April 2018, jam 12.00 tengahari.

 

Berikut ini senarai penuh pencalonan akhir AME 2018:

 

Lagu MeleTOP

Lagu Ayda Jebat turut tercalon.
  • Bayang (Khai Bahar)
  • Dirgahayu (Datuk Siti Nurhaliza & Faizal Tahir)
  • Jampi (Hael Husaini)
  • Nakal Nakal Nakal (Ayda Jebat)
  • Tergantung Sepi (Haqiem Rusli)

Filem MeleTOP

Filem Tombiruo.
  • Abang Long Fadil 2
  • Bisik Pada Langit
  • J Revolusi
  • Kimchi Untuk Awak
  • Tombiruo Penunggu Rimba

Hos MeleTOP

Alif Satar, Top 5 hos MeleTOP.
  • Aliff Satar
  • Datuk AC Mizal
  • Jihan Muse
  • Nabil Ahmad
  • Siti Nordiana

Fesyen MeleTOP

Fattah Amin tercalon Fesyen MeleTOP.
  • Fattah Amin
  • Neelofa
  • Nur Fazura
  • Syafiq Kyle
  • Zizan Razak

Penyanyi MeleTOP

Calon penyanyi MeleTOP, Khai Bahar.
  • Hael Husaini
  • Ayda Jebat
  • Haqiem Rusli
  • Khai Bahar
  • Siti Nordiana

Bintang Filem MeleTOP

Zul Ariffin tercalon untuk dua filem berbeza.
  • Janna Nick
  • Nur Fazura
  • Zizan Razak
  • Zul Ariffin (J Revolusi)
  • Zul Ariffin (Tombiruo)

Si Cilik MeleTOP

Si comel Syeriv Sam Heizy.
  • Aaisyah Dhia Rana
  • Lara Alana
  • Arif Jiwa Asyraf
  • Yusof Iskandar
  • Syeriz Samheizy

Pelakon TV MeleTOP

Syafiq Kyle antara Top 5.
  • Neelofa
  • Fattah Amin
  • Siti Nordiana
  • Syafiq Kyle
  • Zul Ariffin

Program MeleTOP

  • Gegar Vaganza 4 minggu 1
  • Gema Gegar Vaganza
  • Maharaja lawak Mega 2017
  • Sepahtu Reunion Live 2017
  • Tazkirah Malam Jumaat

Artis Baharu MeleTOP

Wany dalam kategori Artis Baru MeleTOP.
  • As'ad Motawh
  • Farah Nabilah
  • Fendy Bakry
  • Hannah Delisha
  • Wany Hasrita

Couple MeleTOP

Calon Couple MeleTOP.
  • Sharnaaz Ahmad & Noor Nabila
  • Akim Ahmad & Stacy
  • Amyra Rosli & Amar Baharin
  • Jep Sepahtu & Sari Yanti
  • Mia Ahmad & Izham Tarmizi

Artis Lawak MeleTOP

Kamal Adli.
  • Fikry Ibrahim
  • Jep Sepahtu
  • Kamal Adli
  • Sharifah Sakinah
  • Zizan Razak

Penyampai Radio MeleTOP

Radin calon Penyampai Radio MeleTOP.
  • DJ Lin
  • Fad
  • Jep
  • Johan
  • Radin

Duo / Group Meletop

Akim and The Majistret.
  • Akim &The Majistret
  • Caliph Buskers & Faizal Tahir
  • Datuk Siti Nurhaliza & Faizal Tahir
  • Tajul & Wany Hasrita
  • Zizan Razak & SonaOne

Drama MeleTOP

Hero Seorang Cinderella.
  • Cekelet Semanis Honey
  • Hero Seorang Cinderella
  • Mencintaimu Mr. Photographer
  • Red Velvet
  • Titian Cinta

Program Radio MeleTOP

  • JoHaRa Pagi Era
  • Petang ERA
  • Santai Sinar 
  • Super 40 Era
  • Suria Cinta
Jangan lupa mengundi.

Tunggu apa lagi, mulakan mengundi. Mana tahu artis kesayangan anda menang dan pasti mereka akan berterima kasih kepada fan club mereka ketika bagi ucapan. Anda lah yang buatkan mereka Berjaya!

 
 
Comments