Rojak Daily Logo

Tayangan Interchange Menerusi Skrin Layar Terbesar Dunia

0
comments
Tayangan Interchange Menerusi Skrin Layar Terbesar Dunia
Filem Interchange menampilkan pelakon popular, Shaheizy Sam bersama Nicholas Saputra sebagai pelakon utama.(Gambar: reelsuspects)

Filem terbaru, Interchange arahan Dain Said akan ditayangkan di Festival Filem Locarno ke-69, Switzerland pada 5 Ogos nanti sebagai satu pengiktirafan pada filem tempatan yang mendapat peluang tayangan di peringkat antarabangsa. Apa yang menarik perhatian, filem ini dipertontonkan kepada 8,000 penonton secara terbuka menerusi skrin layar gergasi.

Menerusi status pengarah terkenal itu di Facebook baru-baru ini, Dain menyatakan penghargaan pada semua yang memberi galakan dan sokongan pada filem terbarunya kali ini. Dain sebelum ini terkenal dengan filem Bunohan selepas Dukun yang mencetuskan kontroversi tayangan berbangga filem cereka ketiganya ini meraih perhatian penggiat filem dunia.

Interchange | Rojak Daily
Nicholas Saputra tampil sebagai pelakon utama filem Interchange arahan Dain Said. (Gambar: reelsuspects)

Filem terbaru lakonan utama, Shaheizy Sam bersama Nicholas Saputra ini pernah ditayangkan di Festival Filem Cannes, Perancis dan diedarkan Reel Suspects untuk pasaran antarabangsa. Pencapaian filem terbarunya kali ini mengikuti jejak langkah Bunohan yang menyertai Festival Filem Antarabangsa Toronto pada tahun 2011.

Komposer lagu filem ini, Luka Kuncevic juga menyatakan perasaan bangga apabila filem ini ditayangkan menerusi skrin layar terbesar di dunia sempena acara festival antarabangsa ini yang sudah memasuki penganjuran selama 69 tahun.

Interchange | Rojak Daily
Dain Said (berbaju biru) kembali dengan filem cereka ketiganya, Interchange yang akan ditayangkan pada Festival Filem Locarno, 5 Ogos nanti.
Interchange | Rojak Daily
Shaheizy Sam menjadi sandaran filem Interchange yang membawa genre seram. (Gambar: reelsuspects)
Interchange | Rojak Daily
Filem Interchange pernah ditayangkan pada Festival Filem Cannes, Perancis. (Gambar: reelsuspects)
Interchange | Rojak Daily
Filem Malaysia Interchange arahan Dain Said akan dipertontonkan di hadapan 8,000 penonton yang hadir pada Festival Filem Locarno. (Gambar: Luka Kuncevic - Facebook)
 
 
Comments