Tak Peduli Haters, Nur Sajat Kini Ada Program Realiti Sendiri

Program 30 episod memaparkan kisah peribadinya!


  • Share:

Tak Peduli Haters, Nur Sajat Kini Ada Program Realiti Sendiri
Foto: Instagram/nursajat02

Siapa nak tengok Nur Sajat dalam versi program realiti yang memaparkan kisah peribadinya? Usahawan kosmetik terkenal, Nur Sajat telah melancarkan program realiti, Nur Sajat Rated Xtra, sebuah kisah eksklusif kehidupan peribadi dirinya.

 

Siri realiti berdurasi 7 ke 11 minit dengan 30 episod ini mula bersiaran semenjak 28 Februari lalu disiarkan menerusi platform penstriman Tonton. Program realiti ini memaparkan kisah usahawan kosmetik ini dalam menjalani kehidupan sehariannya, berhadapan dengan cabaran perniagaan, selain berkongsi tips sukses.

 

Bagi Sajat, dia berbangga dan berbesar hati apabila Tonton menawarkan program realiti eksklusif untuknya. "Inilah peluang saya untuk mendekatkan diri dengan peminat dan haters. Selama ni mereka hanya kenal saya menerusi media sosial dan kini orang ramai boleh tengok sendiri kehidupan peribadi, kenal saya macam mana dan yang penting, fuhhh!"

 

Menurut Ben Jern Loh, Pengurus Besar Tonton, "Nur Sajat Rated Xtra adalah satu langkah dalam strategi kandungan kami demi memenuhi permintaan pelan pengembangan Tonton dalam segmen pasaran melangkaui sempadan bermula tahun ini, dengan menyajikan kandungan tempatan terbaik Malaysia ke seluruh dunia."

 

Di samping melancarkan program realitinya, Sajat turut mengambil kesempatan untuk melancarkan single pertamanya bertajuk 'Makhluk Penggoda' dan turut menampilkan Datuk Sri Aliff Syukri. 'Makhluk Penggoda' mendapat sentuhan komposer Aepul Roza (Drama Band) dan Iman Imran.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top