Sufian Nafi Bercerita Kisah Putus Tunang Untuk Promosikan Lagu

Mohon maaf dan harap sebarang spekulasi dihentikan.


  • Share:

Sufian Nafi Bercerita Kisah Putus Tunang Untuk Promosikan Lagu
Nafi guna isu putus tunang untuk promosi lagu. (Pic: Instagram @sufiansuhaimi_)

Ketika bapa Elfira Loy, Ahmad Sabri Ariffin (baca: Luahan Hati Bapa Elfira) berharap kisah putus tunang anaknya itu dengan Sufian Suhaimi tidak lagi dipanjangkan, jejaka berkaca mata berkenaan turut berharap perkara sama.

Penyanyi lagu Terasa Ada dan Harus Aku itu juga tidak mahu dilihat seperti mahu memanjangkan cerita berkenaan hingga dituduh cuba menggunakan perkara itu untuk mempromosikan single terbarunya, Di Matamu.

Nafi jaja cerita untuk raih simpati.

“Saya harap tidak ada lagi pertanyaan daripada media mengenai isu putus tunang yang sudah berlalu itu.

“Tolong hentikannya, apapun, saya mohon maaf. Saya juga mengharapkan tiada spekulasi lain ditimbulkan mana-mana pihak berhubung isu ini lagi,” katanya.

Tegas Sufian lagi, dia menafikan seperti mahu 'menjaja' kisah putus tunang itu untuk meraih simpati dalam mempromosikan single terbaharunya itu.

Apa yang terjadi hanya kebetulan.

Katanya, lagu berkenaan dicipta sejak setahun lalu dan hanya kebetulan kisah disampaikan dalam karya itu seakan berkait dengan hidupnya.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang mengatakan cuba terus menggunakan isu peribadi untuk mempromosikan single baru, Di Matamu yang akan dilancar pada 23 Mac ini.

“Apa yang terjadi ini hanya kebetulan,” katanya.

Tidak tutup pintu hati untuk cinta.

Ditanya apakah dia sedia bersemuka dengan Elfira di dalam satu majlis hiburan, Sufian berkata dia tidak ada masalah dan boleh bersikap profesional memandangkan industri hiburan tanah air pun kecil.

Selain itu, Sufian memberitahu dia juga tidak akan menutup hati untuk menerima cinta baru meskipun bukan dalam tempoh sekarang.

Terima jodoh bila tiba masa.

"Soal jodoh ketentuan Allah SWT. Saya tidak ada jawapan untuk mengatakan tidak akan bercinta lagi pada masa akan datang.

"Seandainya akan bertemu jodoh juga dengan individu yang membina kerjaya dalam industri seni, saya terima apa yang sudah ditetapkan Allah SWT," katanya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top