Pelakon Kelahiran Malaysia Jadi Jiran Michael Caine Dalam Filem Dear Dictator

Adrian Voo sudah beberapa kali menjadi pelakon sampingan dalam filem Hollywood.


  • Share:

Pelakon Kelahiran Malaysia Jadi Jiran Michael Caine Dalam Filem Dear Dictator
Sudah mula berlakon di samping pelakon-pelakon terkenal Hollywood. (Pic: IMDb)

Mungkin ramai yang tidak begitu kenal dengan Adrian Voo. Pelakon kelahiran Kuala Lumpur ini sebenarnya sudah beberapa kali menjadi pelakon sampingan dalam beberapa filem Hollywood sejak tahun 2013.

Bersama Jason Biggs dalam Amateur Night. Bersama barisan pelakon Amateur Night.

Filem yang boleh dikatakan memperkenalkan beliau di Hollywood adalah filem Amateur Night pada tahun 2016 apabila beliau berlakon di samping Jason Biggs.

Filem Little Bitches.

Tahun 2018 pelakon berusia 32 tahun ini turut berlakon di dalam filem komedi remaja keluaran Sony Pictures bertajuk Little Bitches.

Mula menapak di Hollywood.

Terbaru, Adrian Voo berlakon sebagai jiran Sir Michael Caine di dalam filem komedi bertajuk Dear Dictator, di samping pelakon Odeya Rush, Kathy Holmes, Seth Green dan lain-lain.

Filem komedi Dear Dictator akan mula ditayangkan di Amerika Syarikat bermula 16 Mac ini.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top