Rojak Daily Logo

Konsert #1MomentForThem Kumpul Dana RM91,908.05

0
comments
Konsert #1MomentForThem Kumpul Dana RM91,908.05
Lima artis bergabung dalam projek 1 Moment 4 Them. (Gambar asal: www.facebook.com/fatihashuibandfriends)

Faizal Tahir, Aizat Amdan, Noh Salleh, Mizz Nina dan Mu’adz Dzulkefly, lima selebriti tempatan yang bergabung secara sukarela bagi menjayakan konsert amal mengumpul dana membantu rakyat Syria dan Jordan di kem-kem pelarian.

Siri Pertama Konsert Kemanusiaan #1Moment4Them yang diadakan di Universiti Yarmouk, Jordan telah meraih kutipan tabung hampir RM70,000. Siri kedua konsert One Moment For Them 2.0 Egypt yang diadakan pada 29 April 2016 telah berjaya mengutip dana berjumlah RM91,908.05. Projek ini digerakkan oleh pelajar-pelajar Malaysia di sana dengan bantuan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).

 

Alhamdulillah syukur.. Charity Concert, One Moment For Them, Egypt ! Dah lama sebenarnya duk sembang nk buat konsert kat sini.. Akhirnya jadi kenyataan, bahkan lebih daripada apa yang diidamkan.. Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah. Kau beri keizinan utk program ini berjalan, dan Kau mudahkan urusan2 hamba2 Mu yang lemah ini.. Kau terimalah amalan2 kami ini Ya Allah.. _______________________________ Terima kasih Kak Fatiha Shuib, our organiser, di atas kepercayaan dan segala tunjuk ajar. Mohon maaf banyak2 kak, untuk segala kekurangan dan kelemahan saya.. Terima kasih kepada Dato' Duta, Datin, Ustaz Sofi, dan semua pegawai-pegawai di Mesir yang banyak membri sokongan, memudahkan urusan, memberi teguran dan tunjuk ajar kepada kami. Terima kasih tak terhingga juga kepada timbalan pengarah, keseluruhan team 1moment4them Egypt dan Kelab Ikram Mesir. Seriously korang memang padu! Semoga semua usaha, masa, wang genih yang kita spent utk event ni, menjadi pemberat timbangan pahala kita nanti insyaAllah amiin. Salah silap saya, mohon ampun dan maaf. Dan buat anda yang menyokong dan menderma untuk usaha murni ini, terima kasih kerana membantu kanak2 pelarian yang kesusahan, terima kasih kerana membantu mengukir senyuman di wajah mereka. terima kasih kerana sangat prihatin dengan isu kemanusiaan.. Pastinya, usaha2 charity dan bantuan kepada yang memerlukan tidak kan berakhir di sini. Syria belum berhenti berdarah. Palestin masih belum aman. Dan lain-lain tempat yang masih lagi tenat. Teruskanlah menyumbang, ambil tahu dan sebarkanlah mesej2 kemanusiaan ini.. Sekian sahaja daripada saya, Jazakumullahu Khairan.. - Imran Ali "Kembara kita, masih jauh.." "Assalamualaikum dunia, damailah pada kamu semua.." "Kullu hubbi minna lahum, one moment for them.." #1moment4them

A photo posted by Imran Ali (@imranalii) on

Pengalaman mereka menjejaki bumi Jordan untuk meluangkan masa dengan anak-anak di sana telah mencetuskan ilham untuk menghasilkan lagu "Kullul Hubbi Minna Lahum" (Seluruh Cinta Kami Hanya Untuk Mereka). Lagu ini telah dinyanyikan pada konsert pertama di Jordan.

Kesungguhan golongan selebriti memainkan peranan dalam mendidik dan menyebarkan kesedaran kepada masyarakat melalui populariti dan muzik serta menggunakan elemen yang sama bagi menyuntik kekuatan dan merapatkan diri dengan anak-anak pelarian Syria terutamanya harus dijadikan ikutan.

 

Say hi guys, the struggle is real. Donate now for their future 8602258019 CIMB BANK. #1moment4them

A photo posted by Aizat Amdan (@aizatamdan) on

Kesemua hasil kutipan ini akan disalurkan bagi membantu rakyat Syria dengan sumbangan keperluan asas kehidupan dan sebahagian yang lain digunakan bagi menyedia dan membiayai persekolahan anak-anak rakyat Syria. Untuk maklumat lanjut layari laman Facebook rasmi Fatiha Shuib and Friends.

Reaksi salah seorang anak pelarian yang menangis ketika mendengar lagu "Assalamualaikum" nyanyian Faizal Tahir.

 
 
Comments