CLOSE
CLOSE

“Saya Hanya Gayakan Rekaan, Jangan Kaitkan Dengan Isu Perkauman” - Izara Aishah

Jadi model hidupkan karakter rekaan Datuk Rizalman Ibrahim.


  • Share:

“Saya Hanya Gayakan Rekaan, Jangan Kaitkan Dengan Isu Perkauman” - Izara Aishah
Koleksi hebat Datuk Rizalman untuk Zalora. (Pic: Instagram @rizalman71)

Enggan terheret dalam isu perkauman serta mengelak daripada pertelingkahan di laman sosial berlarutan membuatkan pelakon Izara Aishah terpaksa menjelaskan pemilihannya untuk menjayakan kempen koleksi Rizalman For Zalora Raya 2018 yang menyaksikan dirinya mengenakan busana diinspirasi dari Bollywood.

Tak perlu sensasikan.

Menurut Izara, perkara itu tidak sepatutnya disensasikan kerana dia mempunyai alasan kukuh untuk mempertahankan pemilihannya sebagai model pakaian yang cukup sinonim dengan kaum India itu.

Dipilih Datuk Rizalman.

“Perkara itu tidak sepatutnya menjadi pertikaian kerana saya hanya menggayakan rekaan. Saya dipilih sendiri oleh Datuk Rizalman Ibrahim untuk menghidupkan karakter rekaannya, bersesuaian dengan tema kempen yang mengangkat inspirasi Bollywood.

Gaya sebati.

“Mungkin ada yang salah faham hingga isu pemilihan saya dibangkitkan. Saya dilahirkan dalam keluarga berdarah campuran Melayu dan Pakistan. Setiap kali musim Aidilfitri, anggota keluarga saya akan menggayakan rekaan yang menyerlahkan budaya India Muslim kerana ia sudah sebati dengan kami.

Jangan jadi isu perkauman.

“Saya bersuara kerana tidak mahu ia menjadi isu perkauman apabila dibiarkan berlarutan. Alhamdulillah, perkara itu selesai dengan baik selepas saya memberikan penjelasan terperinci kepada mereka yang sebelum ini, mungkin tidak memahaminya,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Hanya inspirasi.

Tambahnya, perkara itu juga tidak sepatutnya dipertikaikan kerana ia hanyalah sekadar inspirasi dan busana yang digayakan masih mengenengahkan budaya masyarakat melayu.

Tema Bollywood untuk Hari Raya.

“Koleksi yang saya gayakan itu hanya mengambil tema Bollywood tetapi buasan yang digayakan adalah baju kurung, kebaya, kaftan dan juga jubah. Memang sesuai untuk dipakai pada Hari Raya,” katanya.

Kontroversi remeh.

Menurut isteri kepada Adib Khalid ini, kontroversi itu tercetus apabila segelintir pengikutnya di laman sosial, Twitter mempersoal mengapa dia menjadi pilihan dan bukan model berbangsa India kerana ia lebih sesuai dengan rekaan dan budaya yang cuba diketengahkan.

Sukar berenggang dengan suami.

Mengulas perkembangan peribadi selepas lebih tiga bulan mendirikan rumah tangga, pemilik nama lengkap Izara Aishah Hisham ini berkata, dia semakin betah menggalas status isteri. Malah, dia juga mengaku, sukar berenggang dengan suaminya.

Tidak halang berlakon.

“Setakat ini, Adib tidak pernah menghalang saya berlakon. Cuma syaratnya, saya tidak dibenarkan bermalam di luar. Jika saya ada penggambaran di luar kota, Adib akan ikut sekali. Memang dia tidak boleh berpisah lama dengan saya,” katanya.

Tidak merancang soal anak.

Mengenai perancangan untuk menimang cahaya mata, pasangan ini menyerahkan perkara itu kepada Yang Maha Esa.

Terima rezeki ketentuan-Nya.

“Kalau ditakdirkan menerima cahaya mata dalam masa terdekat, kami terima dengan hati terbuka. Memang kami tidak merancang,” katanya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top