Rojak Daily Logo
Back to top

Sufian Akui Sudah Terima Hakikat Dengan Hati Terbuka

Tetap mahu gunakan tarikh sepatutnya berkahwin untuk lancarkan single.

0
comments
Sufian Akui Sudah Terima Hakikat Dengan Hati Terbuka
Sudah dapat menerima hakikat. (Pic: Mohamad Bakar)

Sekalipun perancangan hari bahagia bersama Elfira Loy yang sepatutnya berlaku pada bulan depan tidak menjadi kenyataan, Sufian Suhaimi tetap mahu abadikan detik berkenaan untuk sesuatu yang boleh dikenang.

Menurut jejaka berkaca mata itu, single keempatnya ciptaan Sirkhan dan Rinkarnaen berjudul Ku Dimatamu akan dilancarkan pada 23 atau 24 Mac depan.

Tarikh yang pernah dirancang.

“Saya memang akan melancarkan single ini sama ada pada 23 atau 24 Mac. Memang tarikh itu yang dirancang saya ke gerbang perkahwinan.

“Lalu dengan apa yang sudah terjadi, saya ingat nak abadikan tarikh berkenaan sebagai satu kenangan yang boleh diingat. Jadi apa salahnya saya lancarkan single masa itu,” katanya.

Lirik lagu hanya kebetulan.

Ditanya apakah lagu berkenaan yang muncul selepas lagu Terakhir, Harus Aku dan Terasa Ada dikatakan ada kena mengena dengan kisah putus tunangnya dengan Elfira, Sufian menafikan hal itu.

“Sebenarnya lirik lagu itu dicipta pertengahan tahun lalu. Ia bukan dicipta selepas saya putus tunang. Cuma secara kebetulan apa yang terjadi seakan sama dengan maksud lirik itu.

“Lagu itu bersifat peribadi kerana ia mengisahkan kehidupan saya yang terjadi secara kebetulan pun,” katanya.

Sokongan teman sekeliling.

Ditanya mengenai dirinya kini selepas apa yang tertulis, dia mengakui sudah menerima takdir itu dengan lapang dada. Malah bersyukur mendapat sokongan serta kata semangat daripada sekeliling serta teman.

“Perit dan pedih memanglah apabila semua ini terjadi. Sampai saya menitis air matalah kerana terlalu sedih dengan hal ini. Tumpah juga air mata saya.

Elfira tetap anggap Sufian yang terbaik pernah hadir dalam hidupnya.

“Saya reda dan menerima suratan ini dengan tenang. Ia ketentuan daripada Allah,’ katanya.

Sufian juga belum terfikir mahu mencari pengganti apatah lagi soal cinta.

“Saya nak fokus karier dulu. Jauh lagi perjalanan saya,” katanya.

Terdahulu, Elfira menerusi kenyataan berkata apa yang terjadi antaranya dengan Sufian merupakan memori terbaik.

 
 
Comments