Rojak Daily Logo

Siapakah Selebriti Yang Menolak Vaksin Secara Terang-Terangan?

0
comments
Siapakah Selebriti Yang Menolak Vaksin Secara Terang-Terangan?
Gelaran selebriti bukan tiket mudah memuat naik status kontroversi. (Gambar asal: www.huffingtonpost.com)

Isu anti vaksin sering memenuhi timeline Facebook kebelakangan ini. Minggu lalu seorang Imam Muda teruk dikecam netizen kerana tindakannya memuat naik status yang memperlekehkan golongan pro vaksin dengan ayat sarkastik “Tidak tahu pula malaikat Maut tidak cabut cawan golongan yang vaksin”.

Status ini kemudiannya di repost oleh Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah yang menaikkan kemarahan netizen. Tertekan dengan isu itu, Imam Muda Ammar akhirnya menutup akaun Facebooknya. Ternyata apa yang terjadi kepada Imam Muda Ammar tidak dijadikan iktibar terutama buat mereka yang dikenali.

Terbaharu, Suhaimi Saad yang merupakan bekas penyanyi nasyid kumpulan InTeam yang juga suami kepada Ina Naim telah memuat naik status yang menyatakan secara terang-terangan pendiriannya yang menolak vaksin.

Biar apa jua alasan yang digunakan untuk menolak vaksin, usah gunakan gelaran mahupun populariti agar tidak menimbulkan salah faham serta kemarahan netizen. Bukan apa, isu vaksin ini sesuatu yang sensitif kerana melibatkan anak kecil kesayangan serta peranan kita sebagai ibubapa yang ingin memberikan yang terbaik untuk mereka.

 
 
Comments