Rojak Daily Logo
Back to top

Nadiyah Shahab Terima Ugutan Sihir

Watak dalam Lafazkan Kalimah Cintamu buat penonton geram dan marah.

0
comments
Nadiyah Shahab Terima Ugutan Sihir
Lakonan yang berjaya. (Pic: Instagram @nadiyah.shahab)

Gara-gara watak antagonis sebagai Tengku Natasha yang dilakonkan Nadiyah Shahab dalam drama Lafazkan Kalimah Cintamu yang diterajui Datuk Farid Kamil dan Nelydia Senrose, pelakon jelita dari Singapura itu mengakui menerima ancaman ugutan termasuk ada yang mahu menyihirnya.

Gusar dengan ugutan.

Ketika berkongsi hal itu dengan Rojak Daily Kaw! ternyata tunang kepada Ben Ali itu gusar dan pada masa sama cuba untuk tidak terlalu memikirkannya.

“Jujur saya tak menyangka hanya marahkan watak saya dalam drama itu, sampai ada yang mahu jumpa bomoh nak santau. Memang takut juga jadinya dengan hal sebegini.

Ada yang terlalu ambil serius.

“Ada juga yang terlalu ambil serius hal lakonan saya hingga hantar mesej seumpama itu di Instagram. Tak kurang juga yang nak punch muka saya kalau jumpa depan depan,” katanya yang melangsungkan pertunangan dengan Ben Ali pada 13 Januari lalu.

Hanya bawa watak.

Senario itu juga diakuinya membuatkan dia lebih berhati-hati dalam apa yang dilakukan.

“Satu sudut saya lihat mungkin lakonan saya dalam drama itu berjaya membuatkan orang geram dan marah. Cuma apabila ada yang fikir di luar kotak dan mahu bertindak luar batasan, saya jadi bimbang juga.

Lakonan, bukan realiti.

“Cuma saya harus jelaskan Tengku Natasha hanyalah lakonan semata-mata dan bukannya diri sebenar di alam realiti,” katanya.

Nadiyah baru-baru ini selesai menjalani penggambaran telefilem Mama Takkan Sama arahan Nizam Zakaria.

Terima tawaran di Singapura.

Ketika ini dia juga akan pulang ke Singapura kerana buat pertama kali menerima tawaran berlakon di negara kelahiran sendiri menerusi drama Kek Untuk Kapten.

Malah sambil berada di negara sendiri, dia akan menyelesaikan baki pengajian Undang Undang di sana yang sudah lama tertunda kerana kesibukan hal lain selama ini.

Buat persiapan perkahwinan.

Nadiyah juga sibuk mencuri masa membuat persiapan perkahwinannya yang dijangka hujung tahun ini. Dia mengenali Ben sejak dua tahun lalu. Ben menjadi insan penting yang banyak membantunya ketika berada di Malaysia.

 
 
Comments