Rojak Daily Logo

Apa Yang Paling Best Di Hari Raya?

0
comments
Apa Yang Paling Best Di Hari Raya?
Nantikan kemunculan mereka lebaran ini.

Aidilfitri ini, selain hidangan raya dan tradisi kunjung mengunjung pastinya deretan rancangan menarik yang disiarkan di kaca TV menjadi pilihan. Kami senaraikan barisan rancangan-rancangan menarik yang menanti anda di saluran-saluran terbaik Astro. Rancangan mana yang menjadi pilihan anda?

Sinopsis

Ola Raya: Sebuah rancangan 'spin-off' daripada program-program hiburan popular Astro yang sudah dan bakal ditayangkan.

Juara Parodi Nyanyi Bersama: Versi karaoke Juara Parodi 2015 yang menampilkan himpunan sketsa dan nyanyian

MeleTOP Raya: Istimewa Aidilfitri ini bersama artis-artis kegemaran yang berkongsi kisah suka duka lebaran mereka. Saksikan juga parodi khas sempena Syawal ini.

Sha, Shah & Syawal: Kisah kehidupan bahagia Sha dan Shah serta cahaya mata mereka Syawal. Apakah keluarga ini mampu melalui ujian mendatang.

Rumi & Jawi: Mengisahkan Rumi yang kuat berpegang pada agama. Dia nekad mengubah keluarga agar menjalani kehidupan mengikut batasan syariat. Berjayakah Rumi dengan misinya ini?

Sepahtu-Cinta Plastik: Sebuah kisah cinta antara seorang Mat Despatch dengan gadis anak hartawan.

Bila Artis Balik Kampung Beraya: Kisah Arman terpaksa mengubah gaya hidupnya daripada seorang pelakon kepada orang kampung. Bagaimanakah Arman menghadapi perubahan ini?

Tragedi Duit Raya: Apa perasaan anda apabila duit raya yang dikumpul untuk diberi kepada ibu diragut? Saksikan kisah Sakinah dan tragedi menimpanya dalam perjalanan pulang ke kampung.

Semua ini dan banyak lagi dapat anda saksikan Aidilfitri ini. Selamat Hari Raya daripada kami.

 
 
Comments