Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

"Banyak Lagi Drama Melayu Yang Rosakkan Akidah." - Netizen Ulas Filem Padmaavat

Filem ini diharamkan tayangannya di Malaysia.

0
comments
Foto: Indian Express & Hindustan Times

Arahan pengharaman tayangan filem kontroversi Bollywod, Padmaavat oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) dan Jawatankuasa Rayuan Filem telah menimbulkan cakap-cakap netizen yang kebanyakkannya tidak berpuas hati dengan keputusan LPF ini. 

 

Namun seorang pengguna menerusi satu entri di Facebook, Angel Nazri, berkongsi pendapatnya mengenai filem Padmaavat setelah menonton filem ini di Bangkok. Ternyata kami juga bersetuju dengan ulasan yang diberikan olehnya. Anda bagaimana? Tepuk dada, tanya selera dan hadamkan. 

 

1. I dah tengok filem ni minggu lepas masa I pergi bangkok. Come on, takda isu Islam sangat la. Ok cerita berkaitan watak Sultan Alauddin Khalji Kerajaan Delhi yang merupakan kerajaan Islam namun difahamkan fakta sejarah Alauddin Khalji tu sendiri mendapat takhta dengan membunuh ayah mertuanya Sultan Jalaludin demi nak jadi Sultan kerajaan Delhi.

 

2. Disini memang menunjukkan fakta sejarah Alauddin Khalji adalah seorang yang gilakan kuasa sanggup berbuat apa sahaja. MAKA di dalam filem tersebut watak yang cuba digambarkan Alauddin seorang yang kejam, gila kuasa dan suka berfoya-foya. Ia sepatutnya digambarkan sebegitu kerana WATAK INDIVIDU tidak melambangkan AGAMA ISLAM menghalalkan segala kejahatan Alauddin.

 

3. Senang cerita kenapa cerita filem SULTAN MAHMUD MANGKAT DIJULANG TIDAK DIHARAMKAN. Fakta filem ini adalah sejarah dan keperibadian watak Sultan Mahmud digambarkan seorang yang tamakkan kuasa, membunuh orang sesuka hati dan seorang yang suka berfoya-foya. Dan kerajaan yang diperintah Sultan Mahmud juga kerajaan ISLAM.

 

4. Maka disini apabila sesebuah filem yang mempunyai watak jahat, agama watak tersebut tidak mewakili kejahatan yang dilakukannya kerana watak tersebut lebih kepada tingkah laku INDIVIDU! Dan tak kan disebabkan Sultan Alauddin seorang pemerintah kerajaan Delhi Islam yang wataknya jahat nak digambarkan sebagai seorang mulia dan warak agama di dalam filem berkenaan. Fikir logik la.

 

5. Come on, just watch the movie and enjoy. Aku takda pula rasa nak bakar panggung sebab aku tersinggung dengan isu agama Islam dalam filem ni. Sebab memang tak ada isu pun dan ia lebih kepada watak individu bukannya agama Islam!

 

6. Tapi itu la sebenarnya dah jadi lumrah di Malaysia benda-benda kecil nak digembar-gemburkan besar. Semua nak diharamkan padahal tak ada isu sangat pun. Dan sepanjang I tengok filem Padmavati tu tak ada pun satu dialog yang menekankan agar kerajaan Delhi Islam adalah jahat dan kerajaan Rajput Hindu adalah baik atau dialog memainkan Isu ISLAM OR HINDU. Even punca dua kerajaan tersebut berperang pun bukan disebabkan AGAMA. Ia berkaitan Sultan Alauddin yang rakus dengan nafsu untuk mendapatkan Padmavati.

 

7. LPF memang dari hari tu suka nak haram filem yang punca isu tak ada apa sangat. Sama la seperti isu filem Beauty and The Beast hari tu. Konon-konan ada isu Gay dan akan merosakkan akidah, padahal tiada apa pun.

 

8. Sebenarnya kalau nak kata rosak akidah, banyak lagi rancangan-rancangan drama TV melayu atau rancangan hiburan Melayu yang perlu ada tapisan. Tapi apakan daya sebab tu semua periuk nasi pendapatan orang kita maka ia tak dihiraukan. Contoh seperti kes Sajat sendiri pun Jakim tak boleh nak selesaikan. hehehe tiba-tiba nama Sajat naik. Sorry.

 

9. Kalau ada peluang, pergilah tengok filem Padmaavat tu memang terbaik dari segi jalan cerita, sinematografi, kostum, rekaan set dan barisan pelakon yang memang hebat lakonan.


Sumber: Angel Nazri
 
 
Comments