Rojak Daily Logo

Amyra dan Amar Akhirnya Berkahwin

0
comments
Amyra dan Amar Akhirnya Berkahwin
Amyra dan Amar menamatkan spekulasi gosip cinta antara mereka apabila akan berkahwin pada 11 November nanti. (Gambar: aamyrarosli - Instagram)

Pasangan popular, Amyra Rosli dan Amar Bahrin akhirnya mengumumkan mereka akan berkahwin pada hujung tahun ini. Mereka yang sebelum ini kerap digandingkan sebagai pasangan kekasih menerusi pelbagai telefilem dan drama bersiri, akan bertunang pada 22 Julai ini.

Kedua pelakon ini mengumumkan berita perkahwinan dan pertunangan mereka dalam satu majlis ramah mesra yang diadakan di Kuala Lumpur pada malam tadi. Majlis pertunangan akan berlangsung secara tertutup sebelum majlis perkahwinan pada 11 November nanti.

Amar berkata, majlis persandingan di sebelah Amyra akan diadakan sehari selepas mereka bernikah manakala majlis bertandang di rumahnya pada 19 November. Pelakon berusia 31 tahun ini juga menyatakan rombongan merisik diadakan pada Aidiladha tahun lalu, seperti dilaporkan Berita Harian.

Amar Amyra | Rojak Daily
Amyra bersama Amar akan bernikah pada 11 November nanti. (Gambar: aamyrarosliheartfans - Instagram)
 
 
Comments