CLOSE
CLOSE

Paduan Anuar Zain, Bunga Citra Lestari Dan Yuka Kharisma Untuk Konsert Gabungan Dua Negara

Rindu kemunculan Anuar Zain.


  • Share:

Paduan Anuar Zain, Bunga Citra Lestari Dan Yuka Kharisma Untuk Konsert Gabungan Dua Negara

Konsert gabungan dua buah negara memang kerap kali diadakan di ibu kota Malaysia bagi mempamerkan keakraban antara Malaysia dan Indonesia. Namun berbeza untuk kali ini, tiga nama yang belum pernah disatukan dalam satu pentas, akhirnya dipertemukan di atas nama ‘BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live In Concert’ yang bakal berlangsung pada 28 April 2018 ini.

 

Lebih menarik lagi tiga penyanyi dengan peminat tersendiri ini akan disatukan di pentas yang penuh berprestij iaitu di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.  Konsert ini juga merupakan penampilan pertama BCL serta Yuka untuk sebuah konsert berskala besar di Kuala Lumpur.

 


Yuka yang juga merupakan penganjur untuk konsert ini merasakan konsert ini memberikan keistimewaan yang tersendiri bukan sahaja buat dirinya tetapi juga para peminat di luar sana. Penyanyi yang terakhir kali muncul dengan lagu Hati Berbisik yang merupakan lagu runut bunyi filem Love Supermoon ini merasakan konsert ini akan membawa pengertian tersendiri buat dirinya.

 

“Selain menjadi sebuah platform untuk syarikat  saya bergerak sebagai sebuah penganjur acara, konsert kali ini menemukan saya dengan dua nama yang cukup besar di negara masing-masing. Pastinya sebuah kegembiraan dan kesyukuran buat saya apabila mereka bersetuju untuk berada satu pentas bersama saya nanti”, ujar Yuka yang merupakan pemilik Kharisma Entertianment Sdn Bhd.

 


Konsert yang akan berlangsung dalam durasi dua setengah jam ini turut mendapat kerjasama dari DTA Fashion Art Performance Sdn Bhd. Bunga Citra Lestari yang diterbangkan dari Indonesia bakal membawakan kumpulannya yang terdiri dari enam pemuzik manakala nyanyian Anuar Zain serta Yuka  pula akan diiringi oleh lapan orang pemuzik tempatan,tiga penyanyi latar dengan Sze Wan sebagai Pengarah Muzik.

 

Kepada para peminat yang tidak sabar menantikan konsert yang mengabungkan tiga nama ini, tiket-tiket dijual dengan harga RM2199 (Intimate), RM1599 (platinum), RM588 (diamond), RM488 (gold), RM388 (silver), RM288 (bronze) dan RM188 (regular). Tiket sudah mula dijual bermula 31 Januari di www.yuka.com.my atau  www.tickethotline.com.my. Tiket juga turut dijual di kaunter Dewan Plenari, KLCC pada 28 April kelak.

 

  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top