CLOSE
CLOSE

"Kalau Boleh Saya Nak Cepat Ke Fasa Seterusnya” - Ainul Aishah

Tidak sorok kekasih.


  • Share:


Sudah bersedia ke alam perkahwinan. (Pic: Instagram @ainulaishah)

Keterbukaan Ainul Aishah berkongsi hal peribadi termasuk gambarnya bersama cinta hati, Khalid Redzuan termasuk ketika mereka bersenam di gimnasium juga menjadi bukti bahawa dia tidak berahsia dalam soal itu.

Hubungan yang terjalin dengan lelaki berdarah campuran itu juga membuktikan dia sudah bersedia bergelar isteri seperti mana wanita lain.

Tak sorok kekasih.

Melihat usianya kini 33 tahun, memang molek benar Ainul Aishah menamatkan zaman anak daranya.

Namun sebagai wanita, dia sedar soal memulakan langkah ke fasa seterusnya itu lebih layak diajukan kepada si lelaki.

“Saya memang terbuka soal itu. Saya jenis yang tak sorok termasuklah soal kekasih. Tiada apa yang nak disembunyikan. Soal kahwin itu, saya sendiri sudah bersedia. Ada jodoh, adalah.

Tidak mahu buang masa dalam hubungan.

“Soal kahwin itu, kalau boleh saya nak mempercepatkannya. Saya tak tahu perasaan dia. Saya tak mahu buang masa dalam perhubungan. Saya dalam setiap perhubungan memang serius.

“Iyalah, siapa yang tak mahu mengecapi bahagia dan menikmati alam berumah tangga,” katanya.

Kebelakangan ini di laman Instagram tak kira di bawah post atau Insta Story pun, dia kerap berkongsi gambar dengan teman lelakinya.

Tidak sorok kekasih.

Ditanya mengenai keterbukaannya berkongsi gambar dengan kekasih di laman sosial terutama di Instagram, Ainul bersikap telus.

I just be myself. Saya jenis yang tak sorok. Saya akan tunjuk dengan kawan rapat sekalipun. Saya memang dari dulu akan post gambar kekasih. Supaya orang tahu dengan siapa, saya rapat. Nothing to hide,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Kenal sejak setahun yang lalu.

Pelakon drama Lara Aishah itu kini sedang menunggu siaran drama Seputih Cinta Rangbulan.

Tak hanya membiarkan Ainul saja membicarakan soal peribadinya itu, Khalid Redzuan turut ditanyakan sejauh mana hubungan mereka kini.

“Semestinya kami cuba memberikan yang terbaik dalam membina hubungan ini bersama-sama. Saya kenal dia sejak sambutan hari lahirnya tahun lalu. Jadi hampir setahun kami kenal.

'We are not in a hurry' - Khalid.

“Soal kahwin itu, saya sendiri menantikan detik itu cuma belum memutuskan bila. Lagipun adik lelaki saya baru saja berkahwin. Perkahwinan adik perempuan pula bulan depan.

“Ayah saya pun berseloroh bagi dia rehat dulu sebelum giliran saya pula. Lagipun saya dan Ainul, we are not in a hurry,” kata Khalid.

Khalid menambah dia juga merancang untuk mengembangkan perniagaan biskut A Cookies yang diusahakan Ainul sebelum ini.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top