CLOSE
CLOSE

“Saya Selalu Minta ‘First Take’ Lakonan Saya Dibuang” – Fachri Albar

Masih gementar dan amat cerewet di set penggambaran.


  • Share:

“Saya Selalu Minta ‘First Take’ Lakonan Saya Dibuang” – Fachri Albar
Asalnya seorang yang amat pemalu. (Pic: Z.Nadzri)

“Saya sangat pemalu jadi saya tidak pernah terfikir dan tak mahu jadi pelakon tetapi ada yang sanggup cari saya sampai ke rumah mahu tawarkan saya berlakon. Ibu saya kata, darah seni sudah ada dalam diri saya dan saya memang tidak boleh menolaknya,” cerita pelakon Indonesia, Fachri Albar, 36, bagaimana dia boleh terjerumus ke dunia seni.

Dia adalah anak kepada penyanyi rock terkenal Indonesia, Ahmad Albar dan pelakon popular, Rini S Bono. Datuknya, S Bono juga adalah aktor terkenal di sana pada zamannya.

Jatuh cinta dengan dunia lakonan.

“Tidak mampu lagi untuk menolak kenyataan itu, lalu saya bersetuju untuk berlakon dalam sinetron Malim Kundang yang diterbitkan pada 2005 dan benar kata ibu, selepas itu saya terus jatuh cinta dengan dunia lakonan. Sudah 12 tahun saya berlakon dan tidak pernah jemu serta penat,” katanya.

Fachri ditemui di Kuala Lumpur ketika dia datang mempromosikan lakonan terbarunya dalam filem Bukan Cinta Malaikat terbitan produksi Malaysia dan Indonesia.

Jika dulu dia banyak berlakon sinetron kini fokusnya lebih kepada filem.

Berehat dari Sinetron untuk berlakon filem.

“Bukan tidak suka berlakon sinetron tetapi saya mahu break sekejap,” katanya.

Mengakui dirinya masih gementar dan amat cerewet ketika berada di lokasi penggambaran, Fachri begitu serasi bekerja dengan pengarah filem terkenal Indonesia, Joko Anwar.

Antara filem lakonannya bersama pengarah itu, Alexandria, Kala dan Pintu Terlarang.

Pengarah Joko orang yang paling memahami.

“Berada di lokasi apa pun, sama ada klip video, sinetron atau filem, dari dulu sampai sekarang, first take memang saya sangat gementar dan saya minta pengarah buang aksi pertama itu. Joko, orang yang paling memahami kerana belum saya minta buang, dia sudah buang." Kata Fachri kepada Rojak Daily Kaw!

Lebih senang berbicara dalam bahasa Inggeris.

“Selepas dua tiga kali beraksi, baru saya ‘panas’ dan penggambaran jadi lancar. Namun jika selagi saya tidak puas hati dengan lakonan sendiri, saya akan terus minta pengarah ulang penggambaran,” katanya.

Mendapat pendidikan di Amerika Syarikat, bapa kepada dua cahaya mata itu mengakui lebih senang berbicara dalam bahasa Inggeris namun tiada masalah untuknya membaca skrip dalam bahasa Indonesia atau Melayu.

“Saya baca saja apa yang ditulis dan saya boleh faham jalan ceritanya,” katanya.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top