CLOSE
CLOSE

Remy Ishak Mahu Kumpul Duit Sebelum Berumah Tangga

Minta tunang tidak jawab apa-apa isu kontroversi.


  • Share:

Remy Ishak Mahu Kumpul Duit Sebelum Berumah Tangga
Mahu kumpul duit sebelum kahwin. (Pic: Z.Nadzri)

Ramai yang bertanya dan tak sabar nak tunggu hero drama Kekasih Paksa Rela, Remy Ishak, 35, mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, Ezza Yusof.

Mereka bertunang pada Mei tahun lalu dan sehingga ini belum terdengar ura-ura mereka akan ke jenjang pelamin.

Tidak suka kongsi kisah peribadi.

Remy yang tidak suka berkongsi cerita peribadi dengan masyarakat beritahu dia sedang kumpul duit.

“Saya orang biasa, bukannya orang kaya. Mahu kahwin kena ada duit. Saya pun bukannya berlakon sepanjang tahun kerana saya mahukan naskhah yang bagus.

“Sekarang pun saya hanya berlakon satu drama setahun dan selebihnya berlakon filem,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Tunang tidak mendesak.

Remy kini sedang menjalani penggambaran filem The Legend of Pontianak dengan Nur Fazura, Namron, Tony Eusof, Hisyam Hamid dan Shenty Fezliana.

Selesai saja penggambaran filem itu dia akan ke lokasi satu lagi filem baru yang belum mahu didedahkannya.

Berbalik kepada perancangan perkahwinannya, jelas Remy lagi, tunangnya tidak mendesak mereka berkahwin cepat.

Jangan jawab isu, bimbang tunang tertekan.

“Dia kenalah faham dan sabar. Soal dugaan orang bertunang, saya sukakan cabaran dan jika kami berdua dapat mengharungi rintangan itu sekarang, ia akan jadi mudah pada masa depan,” katanya.

Baru-baru ini, gambar Ezza yang mendukung seorang kanak-kanak menjadi tular dan ada yang mengatakan dia sudah berkahwin.

Tegas Remy, dia tidak tahu mengenai gambar itu tetapi Ezza memang belum pernah berkahwin.

“Saya ada pesan padanya, jika timbul apa-apa isu saya minta dia ‘diam’, jangan jawap nanti perkara itu akan jadi panjang dan dia yang akan rasa tertekan.

Do[s]a bermula 14 Februari, di Astro First.

“Apa jua gosip dan kontroversi, biar saya yang hadapi kerana yang berada dalam industri, bukannya dia. Saya juga tidak mahu dia terlalu memikirkannya,” katanya.

Perkembangan terkini, Remy muncul dalam mini drama Do[s]a, kolaborasi produksi Malaysia dan Indonesia.

Drama lapan episod itu akan disiarkan di Astro First saluran 480 bermula 14 Februari ini. Selain Remy, ia turut dibintangi Datuk M Nasir, Ashraf Sinclair, Hisham Hamid dan Shenty Feliziana.


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top