CLOSE
CLOSE

Harga Tiket Konsert Celine Dion Jakarta Live 2018 Mahal, Kenapa?

Celine Dion akan membawa kru seramai 80 orang.


  • Share:

Harga Tiket Konsert Celine Dion Jakarta Live 2018 Mahal, Kenapa?
Foto: Kapanlagi dan Reuters

Sensasi antarabangsa bertaraf diva, Celine Dion bakal mengadakan konsert jelajah Asia dan memilih Jakarta, Indonesia sebagai destinasi kedua persinggahannya selain Jepun, Taiwan, Filipina dan Thailand.

 

Bakal menggegarkan negara jiran kita, Celine akan mengadakan konsertnya bertempat di Sentul International Convention Centre, Jakarta, Indonesia pada 7 Julai 2018.

 Susun atur kedudukan dan harga tiket konsert.

Sejak khabar baik itu diterima ramai, ada segelintir peminat meragui jualan tiket konsert ini yang dikatakan terlalu mahal. Tempat duduk bagi konsert ini akan dibahagikan kepada lapan kategori iaitu paling murah bermula dengan tiket Green yang berharga 1.5 juta Rupiah (RM414) meningkat pada yang paling mahal iaitu Emerald yang berharga 12.5 juta Rupiah (RM3,450) dan tiket atas permintaan, Diamond yang harganya mencecah 25 juta Rupiah (RM6,899).

 

Menurut Harry Sudarma, Pengarah Pemasaran bagi PK Entertaintment, pihak pengurusan Celine Dion yang menentukan harga tersebut setelah menimbang perkara dari pelbagai sudut antaranya kos produksi, jumlah penonton dan sebagainya. Malahan, ini juga pertama kalinya penyanyi itu menjejakkan kakinya ke Indonesia.

 

Ketua Pegawai Operasi PK Entertainment, Peter Harjani turut menerangkan bahawa perbezaan ketara harga tiket konsert itu nanti adalah kerana posisi tempat duduk penonton. Harga tiket Diamond akan duduk paling depan namun tidak akan ada sesi 'meet and greet' bersama penyanyi berusia 49 tahun itu.

 

Pihak pengurusan Celine Dion setakat ini masih belum memaklumkan konsep apakah yang akan dipersembahankan pada konsert di Jakarta nanti beserta setlist lagu-lagu yang akan dibawa.

 

Konsert yang dijangka berlangsung selama 1 jam 30 minit ini akan diharap akan dihiasi indah lagu-lagu hit penyanyi itu. Segala persiapan masih dalam perbincangan pihak produksi dan mereka akan pastikan pentas Konsert di Jakarta ini setanding dengan konsertnya di Las Vegas.

 

Seramai 80 orang kru produksi dan ahli keluarga Celine Dion akan hadir mengikuti jelajah Asia ini. Pihak pengurusan Celine Dion juga masih belum memaklumkan apakah makanan yang mereka mahukan, penginapan dan sebagainya.

 

Jualan tiket konsert eksklusif bagi pelanggan Bank Mandiri telah mulah dibuka pada 19 Januari yang lalu dan jualan pada orang ramai akan bermula pada 2 Februari ini.

 

Kami menjangkakan tidak hanya para selebriti dan peminat Celine Dion di Indonesia akan hadir, malah ia akan turut disertai oleh selebriti dan peminat dari Malaysia.

Sumber: Kapanlagi


  • Share:

Comments

Related Articles

Back to top