Rojak Daily Logo

National Geographic Papar Kisah Bersiri Peranakan

0
comments
National Geographic Papar Kisah Bersiri Peranakan
Siri Potraits of the Peranakan with Sherman Ong pada 20 Julai akan memaparkan pengalaman menarik dikongsi jurugambar terkenal, Sherman Ong merakam budaya Peranakan. (Gambar: uncovermalaysia dan thesmartlocal)

Kehidupan masyarakat Cina yang mempunyai pengaruh budaya masyarakat Melayu yang lebih dikenali sebagai baba nyonya atau Peranakan memang cukup popular di negara ini. Ia bukan saja menjadi satu budaya yang unik di negara ini tetapi menterjemahkan kehidupan masyarakat berbilang bangsa tinggal di Malaysia.

Dalam memaparkan budaya masyarakat Peranakan ini tidak dilupakan, saluran dokumentari antarabangsa, National Geographic (saluran Astro 553/575 HD) akan menyiarkan siri dokumentari khas berjudul A Peranakan Heritage. Siri pertama, In Search of the Straits Born with Julian Davison pada 27 Julai ini, jam 10 malam akan memaparkan secara terperinci budaya peranakan dari perspektif pengkaji sejarah yang merangkumi kehidupan di Kepulauan Melayu sejak setengah milenium.

Peranakan | Rojak Daily
Henry Tan menyatakan Peranakan sebagai budaya kaya dengan warisan dan unik.

Siri kedua, Gok’s Chinese Takeway – Malacca, Malaysia pula membawa penonton bersama pereka fesyen British yang juga pengacara TV serta penulis buku masakan Cina iaitu Gok Wan menyingkap masakan fusion di negara ini termasuk Peranakan. Ia akan disiarkan pada 3 Ogos depan jam 10 malam.

Bagi siri ketiga, Potraits of the Peranakan with Sherman Ong pada 20 Julai, memaparkan pengalaman menarik dikongsi jurugambar terkenal, Sherman Ong merakam budaya Peranakan.

Peranakan | Rojak Daily
Henry Tan (tiga dari kanan) merasmikan program dokumentari khas, A Peranakan Heritage di Kuala Lumpur, semalam.

Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan berkata, budaya dan warisan Peranakan bertapak teguh dalam kalangan masyarakat di negara ini.

”Budaya mereka kaya dengan warisan dan unik baik daripada segi bahasa, tradisi perkahwinan, reka bentuk dalaman, barang kemas, seramik, seni bina, muzik dan makanan. Sesiapa saja yang pernah membesar di Melaka, Pulau Pinang atau Singapura akan dapat mengesahkan keunikkan warisan di sekitar bandar-bandar terkenal ini,” katanya dalam satu kenyataan ketika merasmikan program berkenaan di Kuala Lumpur, semalam.

 
 
Comments