Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Fathia Minta Maaf Pada Iqram

Tiada niat jahat tulis komen 'bunuh diri'.

0
comments
Fathia Minta Maaf Pada Iqram
Mohon maaf di Instagram. (Pic: Instagram @fatiyalatiff)

Malam tadi pelakon Fathia Latiff melayangkan permintaan maaf secara terbuka di atas ketelanjurannya meninggalkan komen provokasi terhadap Iqram Dinzly.

Semuanya gara-gara membabitkan empat penyataan berkenaan 'bunuh diri' ketika aktor terbabit mengadakan sesi video lintas langsung di Instagramnya pada Selasa lalu.

Tiada niat jahat.

Pemilik nama penuh Nur Fathia Abdul Latiff, 38, itu menerusi entri baru yang dikongsi pada 10.45 malam tadi menegaskan tidak berniat jahat ketika meninggalkan komen terbabit.

Malah, dia yang kini sedang bercuti di luar negara memaklumkan dalam status sama bahawa perkara itu terjadi adalah disebabkan salah faham.

"Salam untuk semua. Saya ingin meminta maaf di atas pertuturan saya dengan Iqram Dinzly tempoh hari. Ini hanyalah salah faham memandangkan saya dan dia dalam keadaan baik.

"Saya tidak mempunyai niat buruk (mala-fide) sama sekali pada beliau. Sekali lagi saya minta maaf di atas 'sensitivity' isu ini," katanya menerusi entri terbaru di laman sosial peribadi yang diikuti 3 juta pengikutnya.

'Reverse Psychology' yang tak menjadi.

Fathia sebelum ini mencetuskan semula cemuhan ramai selepas dia meninggalkan empat komen di Instagram Iqramyang disifatkan netizen sebagai melampau.

Antaranya berbunyi “pergi bunuh diri”, “bunuh diri Iqram”, “tak ada scene (babak) bunuh diri ke?” dan “alang-alang” ketika aktor tersebut sedang mengadakan sesi lintas langsung dengan pengikutnya di Instagram.

Komen yang ditinggalkan aktres berkenaan terus menjadi tular dan dikongsi semula nerizen di laman sosial sekali gus menjadi bualan hangat.

Mohon maaf pada semua.

Pada masa sama, Iqram yang turut menjadi perhatian ramai disebabkan paparan video berkaitan dirinya turut meluahkan perasaan marah dengan tindakan Fathia.

Menerusi satu perkongsian video di laman sosial peribadinya pula, aktor terbabit mendakwa terasa hati selain kesal dan tidak tahu apa 'permainan' yang cuba dilakukan wanita terbabit.

Terdahulu, kedua-dua figura dalam dunia hiburan ini sememangnya kerap mencetuskan isu panas hingga memancing perhatian netizen di laman maya.

 
 
Comments