Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo Rojak Daily Logo
Back to top

Ahya Baru Tiga Kali Keluar Dating Dengan A. Aida

Bukan hanya bercinta tetapi belajar berniaga.

0
comments
Ahya Baru Tiga Kali Keluar Dating Dengan A. Aida
Dapat restu ibu. (Pic: Instagram @ahyarosl)

Hubungan cinta antara model dan pelakon Ahya Rosli dengan penerbit Datuk A. Aida bukan lagi rahsia. Sang arjuna sendiri sudah mengakui mereka berdua memang sedang dilamun cinta.

Kala ditemui baru-baru ini, Ahya mengaku dia sedang mengenali hati budi wanita itu yang memang diakui teman wanitanya.

"Saya pun baru dua tiga kali keluar dating dengan Aida dan kami masih mengenali antara satu sama lain.

Umrah bersama.

"Saya harap doakan yang terbaik untuk hubungan kami ini," katanya kepada

Anak kepada dramatis Normah Damanhuri itu berkata, dia mengagumi Aida sebagai wanita yang berpengalaman luas terutamanya dalam bidang perniagaan.

Sehubungan itu, dia mengakui turut mengambil peluang belajar ilmu perniagaan dengan wanita itu.

"Kami bukan saja bercinta tetapi saya juga belajar mengenai perniagaan dengan dia.

"Pengalaman dia sangat luas," katanya.

Turut belajar ilmu perniagaan.

Ahya, 30 menambah ibunya turut merestui hubungan mereka dan berpesan supaya dia sentiasa menjaga hubungan yang terjalin dengan produser berusia 47 tahun itu.

Pada masa sama, dia turut menolak dakwaan kononnya meninggalkan Zulin Aziz yang sebelum ini dilihat rapat dengan dirinya.

"Jangan salah faham, saya dan zulin adalah kawan dan kami masih berkawan.

"Takkanlah bila bergambar berdua bermakna kami bercinta, saya ada ambil gambar dengan Amber Chia, takkan la saya bercinta dengan dia," katanya.

Ahya pernah membintangi filem Tanda Putera dan Harmonika menambah, dia juga akan aktif dalam lakonan sepanjang tahun ini.

 
 
Comments